Calon AMANAH Kukup ajak keluar mengundi

Calon AMANAH  Kukup ajak keluar mengundi

Selepas Parlimen buar pada Sabtu pelbagai aktiviti program mula diadakan yang membabitkan calon serta bakal calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Di Kukup bawah Parlimen Tanjung Piai, calon Parti Amanah Negara (AMANAH), Suhaizan Kaiat (gambar kiri) mengajak orang ramai untuk keluar mengundi.

Setiausaha Organisasi AMANAH itu turut menyatakan tujuan mengadakan kempen ‘Jom Balik Mengundi’ ini adalah sebahagian gerak kerja bagi memenangkan Pakatan Harapan (PH).

“Kita memerlukan suara pengundi yang ramai untuk kali ini kerana suara mereka penting dalam mencapai objektif menang dalam PRU kali ini.

“Di Kukup ini ramai di antara mereka yang berkerja di luar kawasan maka dari itu bagi menyedarkan kepentingan mereka dalam undi kali ini, kempen ini amatlah penting,” ujar Suhaizan.

Md Farid Md Rafiq

Manakala dalam masa yang sama, Naib Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjung Piai, Dr. Md Farid Md Rafiq menyatakan ratusan ribu warga Johor yang berkerja di luar kawasan khusunya Singapura.

“Parlimen Tanjung Piai mengandungi ramai penduduk yang berkerja di luar kawasan ini dan rata-ratanya anak muda.

“PRU kali ini ia adalah yang paling sengit. Justeru undi setiap pemilih berdaftar amatlah penting untuk mempengaruhi keputusan PRU akan datang,” ujarnya.

Kempen telah berlangsung di beberapa tempat sekitar Tanjung Piai seperti di Bandar Pekan Nenas, Pekan Kukup dan terminal bas Pontian serta ia turut dihadiri oleh wakil dari parti komponen PH yang lain.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote