Calon Amanah tandatangani Deklarasi Rakyat di majlis Tun Mahathir hari ini

Calon Amanah tandatangani Deklarasi Rakyat di majlis Tun Mahathir hari ini

Calon Pakatan Harapan Azhar Ab Shukur hari ini menandatangani Deklarasi Rakyat bagi menunjukkan sokongannya terhadap usaha yang dilakukan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Azhar berkata, beliau menandatangani Deklarasi Rakyat bukan kerana beliau menjadi calon Amanah di Parlimen Sungai Besar.

“Saya tandatangani borang Deklarasi Rakyat ini bukan kerana saya sudah menjadi calon Pakatan Harapan, tetapi saya menyokong apa yang diperjuangkan gerakan ini,” ujarnya ketika berucap sepintas lalu sebelum menurunkan tandatangannya.

Azhar kemudiannya telah menandatangani Deklarasi Rakyat secara simbolik dengan di iringi beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan.

Antara pemimpin yang turut menyaksikan simbolik tandatangan oleh calon Amanah itu adalah Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Tan Sri Muhammad Muhd Taib Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir dan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaafar.

Azhar menandatangani deklarasi ini dalam siri kempen Tun Mahathir di Sungai Besar hari ini.

Antara yang dijangka akan menyampaikan ucapan hari inni adalah Lim Kit Siang, Tony Pua, Prof Dr Aziz Bari dan Cynthia Gabrial dengan tajuk” Cukupkah Usaha Mereka?”

Manakala Clarie Brown akan bercakap mengenai Kegagalam Institusi Kewangan Global: Pengunalan Wang Haram Antarabangsa yang akan diadakan melalui Skype bersama Dr Dzulkefly Ahmad, P. Gunasegaram dan Datuk Zaid Ibrahim.

Lim Kit Siang akan menyampaikan ucapan pada majlis penutupan tengahari ini.

Majlis yang diadakan di Dewan Restoran hao Xiang Chi di sekinchan ini dihadiri lebih kurang 1,000 pengundi dan penyokong Pakatan Harapan dan Deklarasi Rakyat.

COMMENTS

Wordpress (0)