Malaysia Dateline

Calon bebas wanita tunggal muncul lebih awal

Pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson hari ini menyaksikan calon bebas wanita tunggal Lau Seck Yan,50, hadir pada jam 8.20 minit pagi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Beliau kelihatan hadir seorang diri diserbu media yang sejak dari pagi menunggu ketibaan calon-calon yang bakal bertanding.

Lau Seck Yan seorang bekas pensyarah dari Inti Collegge pernah berkhidmat di kampus Nilai dan Subang.

Beliau berkata tujuannya untuk bertanding di Port Dickson kerana melihat tiada perubahan dilakukan oleh pemimpin terdahulu di parlimen ini.

“Saya ikhlas hati untuk bertanding membantu rakyat di Port Dickson. Sila berikan sokongan kepada saya.” ujarnya.

Sehingga kini ramai pemimpin daripada Pakatan Harapan (PH) dan Pas hadir untuk memberikan sokongan kepada calon masing-masing.

Personaliti media sosial Stevie Chan Keng Liong hadir pada jam 8.30 pagi ini.