Calon BN akan patuhi sekatan edah, bataskan pergerakan

Calon BN akan patuhi sekatan edah, bataskan pergerakan

Calon BN Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid akan mematuhi sekatan edah yang dikenakan ke atas beliau dan akan membataskan pergerakannya sepanjang kempen kali ini.

 

Calon BN Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid akan mematuhi sekatan edah yang dikenakan ke atas beliau dan akan membataskan pergerakannya sepanjang kempen kali ini.  

“Saya memohon maaf kepada semua kerana menurut amalan parti dan gerak kerja pilihanraya selaku orang yang dinamakan sebagai calon saya seharusnya berada bersama-sama seluruh jentera parti dan masyarakat untuk berkempen bagi berkongsi semangat untuk memenangi pilihanraya kecil ini.

“Tetapi batas agama seperti yang dijelaskan dalam hukum dan pandangan mufti serta agamawan, menghadkan pergerakan saya sebagai isteri yang masih di dalam tempoh edah selama 4 bulan 10 hari dan edah.

“Tempoh syarak ini wajib saya patuhi,” kata Mastura dalam satu kenyataan bertulisnya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi memahami kedudukan beliau ini.

“InshaaAllah sekiranya diberikan tanggungjawab sebagai ahli parlimen nanti, saya akan melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin sebagai kesinambungan kepada apa yang telah dirintis oleh arwah suami saya,” katanya.

Namun begitu, beliau amat yakin dengan kekuatan dan kekompakan jentera parti kerana saya pernah menyaksikan semangat seluruh jentera parti dalam memenangkan arwah suami saya sebagai calon parti pada 2 pilihanraya iaitu pada tahun 2008 dan 2013.

“Saya amat mengharapkan sokongan seluruh jentera parti kerana ini adalah perjuangan semua, perjuangan UMNO dan Barisana Nasional juga perjuangan orang Kuala,” katanya.

Mastura dijangka akan berdepan dengan calon Pas, Dr Najihatulsaleha Ahmad dan calon Pakatan Harapan yang belum dinamakan lagi dalam pilihan raya kecil kali ini.

TAGS