Calon BN Kuala Kangsar masih dalam edah, tidak boleh keluar kempen

Calon BN Kuala Kangsar masih dalam edah, tidak boleh keluar kempen

Kem Pas di Kuala Kangsar,  menyambut pencalonan Datin Mastura Mohd Yazid oleh Barisan Nasional dengan penuh gembira apabila beliau tidak boleh keluar berkempen kerana masih dalam edahnya selepas baru kematian suami.

Kem Pas di Kuala Kangsar menyambut pencalonan Datin Mastura Mohd Yazid di Kuala Kangsar dengan gembira apabila beliau tidak dapat keluar rumah untuk berkempen.

Media rasmi Pas Terengganu yang ditugaskan di Kuala Kangsar menyifatkan, selepas hanya dua jam, Mastura  dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, ‘Kem BN’ dilaporkan terpaksa memikirkan semula cadangan tersebut.

Bahkan, kata media itu,  Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang membuat pengumuman itu disifatkan tidak merujuk kepada nas agama dan BN sedang mempertimbangkan untuk menarik semula cadangan tersebut.

Ia adalah kerana, menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dr Fathul Bari bin Mat Jahya, pemilihan Datin Mastura adalah melanggar batas agama dan adat orang Melayu Islam, lapor Buletin Online.

Pas negeri Terengganu ditugaskan untuk berkempen di Kuala Kangsar dalam pilihan raya kecil kali ini.

Calon BN di Kuala Kangsar,  Mastura tidak boleh keluar berkempen kerana masih dalam edahnya selepas baru kematian suami, kata ulama Umno yang juga Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari bin Mat Jahya.

Oleh itu beliau mencadangkan agar anak beliau menjadi pengganti untuk berkempen sepanjang tempoh pilihan raya ini.

“Saya ingin memberi cadangan kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional supaya tetap menghormati keputusan agama iaitu Puan Mastura TIDAK BOLEH KELUAR dari rumah utk berkempen,” kata Fathul Bari dalam satu kenyataannya.

Bagi beliau, kehendak agama wajib didahulukan dari kehendak manusia.

“Saya amat yakin umat Islam mampu memahami situasi ini dengan baik. Dan saya berharap kepada pengundi2 non-muslim juga memahami sensitiviti hukum yang telah diputuskan dalam agama kami,” katanya.

Menurut beliau, hukum bagi wanita yang sedang iddah telah disepakati oleh ulama tentang larangan “keluar” dari rumah selama 4 bulan 10 hari.

Beliau memberikan dalil dari Al-Quran dan Al-Sunnah yang digunakan sebagai hujjah oleh para ulama dalam menetapkan hukum hakam asas bagi iddah.

Namun begitu, Wanita Umno yakin ia tidak akan memberi kesan kepada usaha BN itu untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil percaya pengundi akan  memahami tempoh edah yang perlu dilalui oleh Mastura susulan kematian suaminya, bekas penyandang kerusi itu.

“Namun pengundi tidak perlu risau kerana kita jentera Wanita akan sentiasa menghubungi calon untuk memberitahu perkembangan semasa kempen,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon BN bagi PRK Kuala Kangsar dan pelancaran jentera BN, di sini semalam.

Masturi adalah isteri kepada ahli parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dalam kemalangan helikopter ketika berkempen dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

Pengumuman pemilihan beliau sebagai calon dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pengumuman calon BN dan pelancaran jentera pilihan raya kecil itu di Pusat Arahan BN di sini kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Mastura, 55, merupakan seorang graduan undang-undang daripada Lincoln’s Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun.

Ibu kepada empat orang anak ini juga merupakan seorang yang bergiat dalam dunia politik dan menjadi AJK Umno Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan kepada keluarganya serta arwah suaminya.

Meskipun tidak menyandang sebarang jawatan rasmi namun ramai mengetahui Datin Mastura merupakan penasihat dan teman setia arwah suaminya dalam menggerakkan kerjanya sebagai wakil rakyat di Bukti Chandan dan seterusnya mewakili Parlimen Kuala Kangsar.   Sehingga kini Mastura akan berdepan dengan calon wanita dari Pas, Dr Najihatulsaleha Ahmad manakala calon Pakatan Harapan belum diumumkan lagi.

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan memutuskan akan mengumumkan calon mereka pada 1 Jun ini.

TAGS