Calon BN Kukup pernah bersumpah tidak tanding PRU

 

Suasana di Dun Kukup menjelang 9 Mei.

Tok Moy

Calon BN N56 Kukup Datuk Md Othman Yusoff atau lebih dikenali Tok Moy pernah bersumpah dengan nama Allah untuk tidak bertanding lagi di Dun Kukup. Sumpah tersebut dilakukan di hadapan pimpinan Umno Bahagian Tanjung Piai serta cawangan di bawahnya.

Sumpah itu telah dikhianatinya pada PRU14 dengan penerimaan sebagai calon BN bagi Dun Kukup. Ia telah membuatkan kebanyakkan Pimpinan Umno cawangan rasa kecewa dengan pelanggaran janji yang dilakukan oleh Ketua Bahagian mereka.

Sumpah merupakan janji kepada Tuhan. Bila sesiapa melanggar janji bermakna mereka telah mungkir janji. Mungkir janji merupakan suatu perbuatan yang sangat di tentang oleh agama.

Janji kepada Tuhan adalah janji yang tertinggi berbanding dengan janji kepada manusia. Jika janji kepada Tuhan tidak tertunai maka tiada jaminan janji kepada manusia (rakyat) dapat ditunaikan.

Hal ini telah menyaksikan sekali lagi Tok Moy di Kukup hanya memikirkan soal perjalanan politiknya sahaja tanpa memikirkan soal tanggungjawab terhadap janji beliau. Ternyata jelaslah, janji-janji yang ditaburkan untuk membangunkan Kukup akan dilihat sebagai janji yang bakal dimungkiri.

Bagaimana rakyat mahu diselamatkan sedangkan sesama ahlinya sendiri, Tok Moy tak mampu untuk menunaikan janjinya. Jelaslah sebelum ini janji Tok Moy dengan bersumpah untuk tidak bertanding adalah untuk kepentingan peribadinya semata.

Sebelum ini juga, Tok Moy pernah berhadapan dengan isu mencantas kartunis terkenal Ujang. Ujang yang dikenali sebagai pengasas majalah humor terkenal ketika 90an itu telah mendakwa menjadi mangsa kepada pengurusan MOY Publication sehingga tersingkirnya beliau dari majalah berkenaan.

Ternyatalah, Tok Moy individu yang dicanang akan menerajui kepimpinan Johor ini sekiranya BN menang, pastinya akan mengundang risiko. Selain isu melanggar sumpah, isu mencantas anak bangsanya sendiri juga menjadi ukuran.

Sekiranya selama ini Tok Moy mendakwa beliau mahu memperjuangkan bangsanya, maka bolehlah dilihat bagaimana nasib kartunis majalah Ujang yang berbangsa Melayu telah dicantas oleh Tok Moy sewaktu beliau mengendalikan majalah tersebut.

CATEGORIES