Calon BN mahu jadi MP pertama daripada keturunan Orang Asli

Calon BN mahu jadi MP pertama daripada keturunan Orang Asli

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor turun berkempen di sekitar pekan Tanah Rata.

Bekas pegawai kanan polis berketurunan Orang Asli berkenaan menemui peniaga di premis kedai dan Pasar Tani Tanah Rata di kawasan tumpuan pelancong itu.

Bercakap pada pemberita di Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Tanah Rata hari ini, Ramli mahu menjadi Ahli Parlimen pertama dalam sejarah daripada keturunan Orang Asli.

Beliau juga mahu suara masyarakat Orang Asli di negara ini kedengaran di Parlimen memandangkan dalam sejarah Malaysia tidak ada wakil rakyat Orang Asli di Parlimen.

Menurutnya lagi, selama ini pun wakil Orang Asli yang ada di Dewan Negara adalah dilantik.

Masyarakat Orang Asli mewakili 22 peratus daripada seramai 32,048 pengundi keseluruhan di Parlimen Cameron Highlands manakala pengundi Melayu 34 peratus, Cina 30 peratus dan India 14 peratus.

Ramli Mohd. Nor turut bertemui pengundi muda.

Hari kedua berkempen, calon BN berketurunan Orang Asli meninjau Pasar Tani Tanah Rata.

Deretan bendera PH juga terdapat di pekan Tanah Rata pada hari kedua berkempen PRK Cameron Highlands.

 

Loading...