Calon Barisan Nasional (BN),m C Sivaraj akur dengan keputusan BN untuk memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai.
Bernama melaporkan, Sivaraj dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu perlu diterima memandangkan kepentingan parti perlu didahulukan berbanding kepentingan lain.
Sebelum ini, calon Pakatan Harapan memberikan laluan kepada calon BN di pilihan raya kecil Tioman.
“Saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada jentera dan rakan media yang membantu perjuangan saya di sini, bukan dalam tempoh berkempen ini sahaja tapi sejak hari pertama saya mula berkhidmat di sini tiga tahun lalu.
“Selain itu, saya juga ingin menyatakan penghargaan saya terhadap kepimpinan tertinggi BN di atas peluang dan ruang yang telah diberikan kepada saya selama tempoh tiga tahun ini di Parlimen Padang Serai,” katanya.
Justeru, beliau mengambil keputusan untuk terus berkhidmat kepada rakyat Padang Serai dengan memberi bantuan terhadap masalah asas yang dihadapi mereka walaupun tidak dapat membantu menyelesaikan masalah yang lebih besar.
Sivaraj turut memohon kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan agar isu yang diketengahkan melalui manifesto beliau, iaitu “5 Tekad untuk Padang Serai” diberi perhatian yang sewajarnya.
BACA JUGA Kenapa Anwar jadi Menteri Kewangan?