Calon MB Perlis ditentukan esok

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Kemelut pemilihan calon Menteri Besar Perlis akhirnya terlerai apabila majlis pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu ditetapkan di Balai Mengadap Istana Arau, esok.

Surat jemputan kepada Bernama yang diterima hari ini untuk menghadiri majlis tersebut esok bagaimanapun tidak menyatakan nama calon yang dilantik.

Kemelut itu berlarutan sejak berakhir pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, terlerai selepas Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, semalam.

Ahmad Zahid dipercayai menghadap Tuanku Syed Sirajuddin bagi membincangkan calon untuk menjawat jawatan Menteri Besar selepas baginda dipercayai menolak tiga nama yang dicadangkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pada 12 Mei lepas.

Baginda kemudian menitah menghadap semua 10 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang menang pada PRU14, di Istana Arau pada 18 Mei.

Menteri Besar yang lepas Datuk Seri Azlan Man turut memenangi kerusi DUN Bintong

COMMENTS

Wordpress (0)