Calon Melayu presiden Singapura harap rakyat buat pilihan terbaik

Calon Melayu presiden Singapura harap rakyat buat pilihan terbaik

Farid Khan berharap rakyat akan mengundi seorang presiden yang dapat memenuhi kepentingan Singapura secara terbaik, sekiranya mereka berpeluang membuang undi pilihan raya presiden lewat bulan ini.

Pengerusi syarikat merine serantau, Bourbon Offshore Asia Pacific, yang telah menyerahkan borang permohonan pilihan raya presiden beberapa hari lalu menggesar warga setempat mengundi orang yang terbaik dalam pilihan raya tersebut – “seseorang yang baik bagi negara dan akan berkhidmat untuk negara”.

{loadposition myposition}

“Saya lebih suka jika mereka yang mengundi saya, berbuat demikian kerana percaya dengan apa yang saya perjuangkan,” katanya selepas menunaikan solat Aidiladha di Masjid An-Nur pagi Jumaat lalu, lapor BeritaHarian.sg.

Farid, 62, ialah salah seorang daripada tiga calon yang telah menyerahkan borang permohonan bagi bertanding dalam pilihan raya presiden yang bakal diperuntukkan untuk masyarakat Melayu.

Dua lagi ialah ketua eksekutif Second Chance Properties, Salleh Marican, 67, dan mantan Speaker Parlimen, Halimah Yacob, 63.

CATEGORIES
TAGS