Calon Pakatan Harapan, sebelah kaki pengundinya Pas-Amanah, kata Budiman

Calon Pakatan Harapan, sebelah kaki pengundinya Pas-Amanah, kata Budiman

 


Sejumlah 42,655 pengundi di Parlimen Sungai Besar harus bijak membuat pilihan calon wakil rakyat yang boleh menjadi "perantara" antara masalah rakyat dengan kerajaan, kata calon BN Budiman Mohd Zohdi.

Pertembungan tiga penjuru antara calon (dari kiri) Dr Azhar Shukur, Budiman  Mohd Zohdi  dan Dr Abdul Rani Osman.

Sejumlah 42,655 pengundi di Parlimen Sungai Besar harus bijak membuat pilihan calon wakil rakyat yang boleh menjadi “perantara” antara masalah rakyat dengan kerajaan, kata calon BN Budiman Mohd Zohdi.

Beliau yang bakal berhadapan dengan dua calon lagi dari Amanah dan Pas juga berpandangan walaupun Amanah dikatakan sebagai calon Pakatan Harapan, tetapi dalam masa sama mereka datang dari “pakatan” yang sama pada PRU13 lalu.

“Kita mahu cari wakil rakyat yang boleh jadi ‘mediator’ (perantara) antara masalah rakyat dengan kerajaan.

“Dalam situasi itu bagaimana mahu ambil tindakan berkesan dalam gerak kerja menyelesaikan masalah rakyat.

” Lebih-lebih lagi calon Amanah, yang mana parti yang mahu disokong itu pula tiada wakil di peringkat negeri dan pusat pada masa ini.

“Kalau kita lihat dalam kontek hari ini, sudah ada Pas dan Pakatan Harapan dan dalam masa sama mereka datang dari ‘pakatan yang sama’ dulu (Pakatan Rakyat).

“Dalam PRK kali ini, jika menilai persepaduan parti lawan, mereka dilihat  sangat rapuh.

“Pakatan Harapan mereka bukan pakatan rakyat tetapi pakatan pemimpin.

“Kalau kita lihat konteks yang berlaku hari ini bukan disebabkan oleh rakyat tetapi pemimpin mereka berpecah membentuk pakatan baru.

“Bukan rakyat berkehendak begitu tetapi pemimpin mereka yang mahu begitu.

“Dalam konteks Selangor, jika pengundi pilih calon Amanah maknanya sebelah kakinya Pas, kalau pilih Pas sebelah kakinya Amanah.

“Kelemahan mereka (pemimpin) yang tidak mahu bersatu, itulah satu kelemahan,” ujarnya merujuk kepada kumpulan pemimpin dan pengundi ‘harum manis’  dan perbalahan pemimpin DAP-PKR dengan Pas  dalam wawancara diadakan bersama Malaysia Dateline.

Semalam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia telah menerima kertas pencalonan daripada tiga calon iaitu Budiman Mohd Zohdi (BN) pada pukul 9.03 pagi, Azhar Abdul Shukur pada 9.05 (Amanah) dan Dr Abdul Rani Othman (Pas) pada 9.12 pagi di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar semalam.Budiman Mohd Zohdi calon BN di PRK Sungai Besar

 Budiman,44, yang juga Ahli Dewan Undang Negeri(Adun) Sungai Panjang mahu menonjolkan diri sebagai calon “underdog” pada PRK Sungai Besar.

“Saya tidak bimbang bertanding dengan calon Pas dan Amanah tetapi saya tidak mahu terlalu ‘high hope’ dan akan turun sebagai calon ‘underdog’ itu prinsip saya pegang.

“Saya tidak mahu berpolemik dalam berpolitik. Sebagai calon tempatan kita tahu keperluan pengundi tempatan dan kita tahu bagaimana menyelesaikan masalah pengundi di sini,” ujarnya yang dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar.

Melihat kepada pesaingnya pada PRK, Budiman percaya menjadi calon politik amat bergantung dengan rekod pencapaian selain daripada kredibiliti parti yang dibawa bersama untuk meraih undi.

” Saya percaya kekuatan ‘track record’ (rekod pencapaian) calon, jentera dan kesepaduan parti jika disatukan, saya fikir adalah yang terbaik, jika ia berlaku.

“Sesiapa pun yang jadi calon politik bukan gerak kerja ‘short term’ (jangka pendek). Gerak kerja calon politik adalah gerak kerja jangka panjang dan track record ini bukan boleh dibina dalam sehari dua.

“Saya letak pada track record sebagai Adun di Sungai Panjang. Pengundi boleh menilai apa kerja yang sudah saya lakukan dalam tempoh tiga tahun ini,” ujarnya yang juga Setiausaha Adun BN Selangor.

PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 Allahyarham Noriah menewaskan lawannya daripada Pas, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399
undi.

Mengulas mengenai jumlah undi yang merosot pernah dicapai BN dalam PRU13 lalu, beliau mengakui hakikat berlaku ‘angin besar’ yang melanda BN ketika itu.

“Saya terima hakikat PRU13 lalu hanya 399 undi sebab itu saya tidak ‘over cornfident’ bertanding seperti yang saya katakan tadi tidak mahu ‘high hope’.

“Kekuataan dalaman Umno dan komponen BN serta struktur jentera parti berjalan sempurna tiga penjuru tidak timbul masalah pada BN.

“Kita mahu meraih kemenangan parti dari kekuatan dalaman bukannya daripada kelemahan parti lawan,” ujarnya yang menolak pandangan isu kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan ahli Umno sendiri.

Budiman dan pemimpin tertinggi BN di hari penamaan calon semalam.

Sambung beliau lagi, isu mendesak Najib melepaskan jawatannya adalah disebabkan wujudnya politik kebencian di dalam parti.

“Pada saya isu PM berpunca daripada politik kebencian yang disemai oleh pihak luar dan dalaman Umno terhadap kekuatan BN parti yang memerintah.

“Jika kita melihat dari segi masalah dan protes dalam sesebuah organisasi yang matang, jika ada pihak yang tidak selesa dengan kepimpinan kita, ia perlu dilihat kepada jumlah ‘majoriti plus minoriti’ dalam sebuah kepimpinan parti yang besar.

“Jika ada satu dua pihak yang tidak menyukainya,  saya fikir itu sesuatu yang biasa dalam sebuah organisasi ditubuhkan apatah lagi yang sudah lama bertapak seperti Umno,” ujarnya.

Budiman yang masih lagi melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membayangkan jika beliau dapat memenangi hati pengundi di Sungai Besar, wawasannya adalah untuk meningkatkan lagi peluang pendidikan kepada pengundi di Parlimennya kelak.

” Karier seorang ahli politik ni… mesti buat kerja.

“Dunia politik hari ini bukan macam masa dulu.Tuntutan terhadap gerak kerja seorang ahli politik sangat tinggi untuk memenuhi tuntuan rakyat.

“Zaman komunikasi yang meluas hari ini, seorang ahli politik perlu dinamik.

“Dalam tempoh berkempen ini, biarlah mereka (pakatan pembangkang) dengan cara mereka. Saya mahu fokus kepada gerak kerja dan akan kerap bertemu pengundi terutama di kawasan Sekinchan pada masa kempen ini nanti.

“Saya percaya pada kekuatan komponen BN di Sungai Besar dalam mengerakkan kempen bersama Umno kerana Umno-BN kini bekerja sebagai satu keluarga besar dalam PRK kali ini,” ujarnya mengakhiri pertemuan wawancara sebelum beredar dalam siri program bersama pasukan bermotosikal anak muda di Sungai Besar pada petang Sabtu lalu.

Antara aksi Budiman  ketika bertemu dengan  pengundi yang sempat dirakamkan.

TAGS