Malaysia Dateline

Calon PH harap pengundi beri kepercayaan teruskan agenda Tanjung Piai

Calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini berharap agar pengundi Tanjung Piai memberi kepercayaan terhadapnya untuk menggalas tanggungjawab sebaik mungkin membawa suara dan permasalahan rakyat di Tanjung Piai.

Jelasnya, undi kepada BN tidak akan menguntungkan penduduk kawasan Tanjung Piai, malah hanya akan menguntungkan parti itu apabila menjawat sebagai Ahli Parlimen.

Beliau turut memberi keyakinan bahawa perkara berkaitan permasalahan penduduk, akan dilaksanakannya tanpa memilih kasih kepada mana-mana pihak.

“Saya berjanji akan melaksanakan tanggungjawab ini bahawa apa jua yang akan dilaksanakan oleh pimpinan, akan dilaksanakan sebaik mungkin.

“Saya mohon dan merayu seluruh penduduk, tak payah lah pikir panjang. Apa yang rugi? yang untungnya kamu semua. Peruntukan bukan untuk saya, tapi untuk kamu semua.

“Saya berjanji kepada seluruh penduduk, sekiranya saya diangkat sebagai wkail rakyat di sini, apa jua yang digariskan kepimpinan parti, saya akan laksanakan,” katanya dalam ucapan semasa Ceramah Mega PH, di Terminal Bas Kukup, Pontian hari ini.

Beliau yang berucap dengan rendah hati, merayu agar pengundi luar untuk pulang mengundi oleh kerana ia menjadi faktor penentu kepada kemenangan PH.

Malah, beliau berharap pengundi tidak termakan dengan pujukan pembangkang yang tiada modal selain menimbulkan soal janji PH.

“Saya bukan lah seorang konservatif yang sentiasa nak berpihak pada calon Melayu, saya Imam tapi saya tak benci orang lain. Peluang akan diberi sama rata, saya janji akan melaksanakan tanggungjawab tak kira bangsa.

“Kalau nak pilih pembangkang, yang untung hanya Ahli Parlimen mereka sahaja sebab dia dapat gaji tapi kamu tak dapat apa.

“Saya merayu pengundi duduk di luar (untuk pulang). Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dah kerjasama memberikan kemudahan dengan membuka laluan khas kepada pengundi untuk pulang mengundi,” katanya.