Malaysia Dateline

Calon muda PH, Razak Ridzuan buat pecutan akhir pikat pengundi di Parlimen Tasek Gelugor

Sejak hari penamaan calon sehinggalah ke hari ini, calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Tasek Gelugor, Razak Ridzuan tidak putus asa meredah banjir, menyantuni golongan petani dan pesawah, penoreh getah, nelayan mahu pun golongan yang memerlukan termasuk masyarakat Tionghua dan India. 

Terkini Razak berkongsi perjalanan kempen saat akhir dengan menjenguk Pak Ngah yang berusia 115 tahun dan masih bertenaga untuk berbicara tentang perjuangannya bersama TUDM.

Selain itu, Razak turut memimpin majlis bacaan Yasin dan solat hajat di Masiid Janek Al Marbawi, Merbau Kudong, Sungei Dua. 

Pengunjung dan peniaga pasar malam di Taman Sungei Dua Utama turut ditemui dan golongan yang tidak berupaya juga disantuni di Kampung Bagan Ajam serta masyarakat Tionghua di sekitar Simpang Tiga Taitong.

Tidak ketinggalan, Razak juga sempat menziarah enam buah kampung sekitar parlimen Tasek Gelugor antaranya Kampung Pokok Tampang, Kampung Lahar Tambun, Permatang Berangan, Permatang Buloh, Pokok Sena serta Telok Air Tawar. 

Razak Ridzuan Merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili AMANAH bertanding bagi kerusi parlimen P42- Tasek Gelgorpada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau merupakan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional dan Naib Angkatan Muda HARAPAN

Baca juga: PRU-15: Pengundi positif COVID-19 perlu lapor dalam MySejahtera, dapatkan garis panduan mengundi

Baca juga: Tanpa ragu Anwar PM terbaik untuk 5 tahun ke hadapan!