Calon PH Tasek Gelugor, Razak Ridzuan tetap redah banjir

Oleh NASUHA RAHMAN

Hujan yang turun lebat sejak petang Jumaat dan berlarutan sehingga menyebabkan banyak kawasan sekitar Seberang Perai dilanda banjir kilat tidak menghalang calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Tasek Gelugor, Razak Ridzuan meredah banjir mendekati mangsa banjir terlibat.

Razak segera turun padang bersama aktivis PH ke beberapa lokasi yang terlibat sekitar Kampung Desa Puri, Kampung Lahar Yooi, Kampung Seberang Tok Doi.

Beliau juga turut meninjau beberapa pusat perpindahan banjir dan menyantuni mangsa banjir sekitar kawasan terbabit dalam Parlimen Tasek Gelugor.

Banjir kilat tersebut turut melibatkan kawasan Seberang Perai Utara, Tengah dan juga Seberang Perai Selatan sehingga ke kawasan Batu Kawan serta sebelah pulau.

Baca juga: Anwar lebih berketerampilan jika dibandingkan dengan Mahaiddin, Zahid, Ismail sebagai PM