Calon PKR dicabar BN dan Bebas di Sg Kandis

Calon PKR dicabar BN dan Bebas di Sg Kandis

Pillihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PKR, BN, dan Bebas.

Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, 48, akan berdepan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam, 45, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Setakat jam  9.20 minit pagi ketika dua calon BN dan PKR menghantar borang pencalonan mereka tiada calon bebas hadir.

Bagaimanapun calon Bebas Murty A/L Krishnasamy yang dipercayai bekas kakitangan awam SUK Selangor telah menghantar borang pencalonannya pada jam 9.35 pagi tadi selepas calon PRM masuk ke dewan.

Kelihatan calon PRM Ahmad Kamaruddin dan wakilnya hadir jam 9.30 pagi ini tetapi keluar dewan lima minit kemudian.

PRK  Sungai Kandis diadakan kali pertama selepas Pakatan Harapan (PH) menubuhkan kerajaan apabila memperoleh kerusi majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

PRK ini juga membawa kerjasama unik antara Pas  dan BN, apabila kedua-dua parti itu membuat keputusan untuk meletakan seorang calon sahaja bagi memastikan undi pembangkang tidak terbahagi dua.

Mohd Zawawi tiba diperkarangan Dewan Besar Tanjung Seksyen 19 Shah Alam pada jam 8.45 pagi. Manakala Datuk Lokman Adam pula hadir pada jam 9.05 pagi.

Pintu dewan dibuka pada jam 8.30 pagi tadi. Semua penyokong parti PKR dan BN telah berkumpul seawal jam 7.00 pagi tadi untuk menyambut calon parti masing-‘masing.

Pusat  Penamaan Calon PRK Sungai Kandis dibuka untuk pendaftaran pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 10.00 pagi ini.

Kehadiran calon PKR diiringi Presiden dan Timbalan Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta beberapa pimpinan tertinggi daripada parti gabungan dari AMANAH dan DAP.

Turut keliharan yang hadir Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung AMANAH Datuk Salahuddin Ayub dan Mohd Anuar Mohd Tahir. Manakala dari DAP yang kelihatan Ronnie Liew .

Tarikh pengundian  ditetapkan pada 4 Ogos ini. Pada PRU14  Dun Sungai Kandis telah menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Pengawai Pengurus Pilihanraya Dun Sungai Kandis Datuk Ahmad Zahrin telahpun menutup tempoh permohonan penamaan calon pada jam 10.00 pagi tadi.

 

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0