Malaysia Dateline

Salahuddin Ayub

Calon PM bukan isu utama, Amanah mahu perkukuh PH

Sebaliknya beliau berkata, keutamaan Amanah ketika ini adalah berusaha menjadi penyumbang terbaik untuk memperkukuh kedudukan dan pengaruh Pakatan Harapan (PH) agar mendapat sokongan dan mandat rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kami terlalu banyak lagi tugas dan tanggungjawab untuk menguatkan organisasi dan jentera parti yang masih baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau juga, Amanah turut mengambil peranan untuk memastikan segala kepercayaan dan keputusan yang ditugaskan kepada parti itu sama ada oleh Majlis Presiden PH atau Sekritariat PH dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Melalui pengalaman kami di persada politik negara, kami bercita-cita untuk menjadi pemain politik yang kritikal (critical political actors) bagi menggapai hasrat rakyat untuk mengecapi kesejahteraan hidup dengan membina kecermerlangan PH,” katanya.

Justeru, katanya, Amanah perlu memberi fokus bersama PH untuk memastikan rakyat di peringkat akar umbi difahamkan dan diyakinkan untuk melakukan perubahan besar dalam PRU14 melalui kempen besar-besaran ke seluruh negara.

“Segala polisi dan tawaran besar PH mesti disampaikan kepada rakyat jelata,” katanya.

“Amanah berpandangan pada tahap hari ini, PH perlu untuk memahami apakah perkara-perkara yang menjadi keutamaan rakyat yang sedang bergelut dengan kehidupan yang semakin menghimpit ini. PH mesti tampil dengan tawaran-tawaran besar yang menyakinkan rakyat untuk memilih kita mentadbir Putrajaya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Amanah mengakui tokoh-tokoh tersohor dan berpengalaman seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad amat berkelayakan untuk menggalas tugas besar itu, sekiranya PH diberikan mandat dalam PRU14.