Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Calon PM tidak lain adalah Tun Dr Mahathir, kata Mukhriz

Calon PM tidak lain adalah Tun Dr Mahathir, kata Mukhriz

Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 1, 2020 8:21 pm




Tidak lain dan tidak bukan calon Perdana Menteri daripada Bersatu adalah Tun Dr Mahathir, tegas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurutnya, Mahathir satu-satunya individu daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Keputusan itu, jelasnya ketika ditemui selepas perjumpaan bersama pemimpin parti dari Bahagian serta sayap-sayap parti itu di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, hari ini, dibuat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Ujarnya, pertemuan tersebut bagi memberi penerangan perkembangan terkini membabitkan Bersatu.

“Jadi kesempatan ini, kita memberi sedikit kronologi mengenai apa yang berlaku membabitkan Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang secara jelas membuat dua keputusan dalam mesyuarat MPT sebelum ini.

“Yang pertama ialah calon Perdana Menteri daripada Bersatu tidak lain dan tidak bukan adalah Tun Dr Mahathir. Tidak pernah ada keputusan daripada MPT yang menyatakan Tan Sri Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri.

“Kedua, ialah MPT sebulat suara buat keputusan untuk meminta Tun Dr Mahathir menarik balik keputusan beliau untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi parti. Jadi tidak benar sama sekali mana-mana kenyataan yang menyatakan beliau tidak lagi pengerusi parti,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production