Malaysia Dateline

Calon BN mula memotong calon tunggal AMANAH di Tanjung Keramat

8.00 MALAM

Calon BN mula memotong calon tunggal AMANAH dalam pilihan raya negeri Sabah, Rosdy Wasli di Tanjung Keramat walaupun sebelum ini beliau mendahului.

Calon BN kini mendapat 2026 undiĀ  (47.13 %) berbanding calon AMANAH yang bertanding atas tiket Warisan mendapat 1,948 undi (45.31 %) .

Ia berdasarkan keputusan 16 dari 26 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang ada di Tanjung Keramat.

7.15 MALAM

Calon tunggal Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam pilihan raya negeri Sabah, Rosdy Wasli, nampaknya berpotensi untuk menang di kerusi Tanjung Keramat apabila kiraan awal menunjukkan beliau mendahului calon-calon lain.

Sehingga jam 7.15 malam ini, Rosdy mendapat 49.07 % berbanding BN (43.52 %).

Rosdy sehingga kini mendapat 1379 undi dengan diekori rapat oleh calon BN yang mendapat 1223 undi.

RE FRESH UNTUK LAPORAN TERKINI