Malaysia Dateline

Calon Wanita PH Sepang gagahkan diri jumpa rakyat walau kaki cedera digilis tayar kereta

Calon wanita Pakatan Harapan Parlimen Sepang Aiman Athirah gagahkan diri untuk terus berkempen walaupun kakinya mengalami kecederaan akibat digilis tayar kereta.

Beliau ketika mengadakan ‘walkabout’ di sebuah pasar ketika berkempen di Sepang tiba-tliba kakinya digilis tayar kereta.

Susulan itu kaki beliau mengalami kecederaan dan dinasihatkan untuk berehat namun beliau gagahkan diri juga untuk berjumpa rakyat Sepang.

Aiman memaklumkan perkara itu di Twitternya di mana video yang dikongsi memaparkan beliau hanya tunduk sambil menggenggam kakinyanya sambil menahan sakit.

“Doakan saya tetap terus kuat untuk kita!,” tweet beliau.

Dengan hanya tinggal tiga hari lagi untuk berkempen, masa amat berharga bagi calon pilihan raya umum ke-15 (PRU15) untuk memenangi hati pengundi.

Aiman bertanding lapan penjuru di salah satu kerusi paling hangat pada PRU15, dengan Ketua Wanita Bersatu Rina Harun menjadi pesaing tersengitnya.

Kerusi itu disandang Hanipa Maidin daripada Amanah selama dua penggal. Beliau pertama kali memenanginya pada 2013 ketika bersama PAS, yang ketika itu sebahagian daripada Pakatan Rakyat.

Turut bertanding ialah Anuar Basiran daripada Barisan Nasional (BN); Che Asmah Ibrahim (Pejuang); Daud Leong Abdullah (Parti Utama Rakyat); dan R Nageswaran (Parti Rakyat Malaysia), serta dua calon bebas.

Baca juga: Menjelang PRU15- Kisah arwah Tok Mun calon marhaen, susah dan miskin cuba dapatkan kuasa politik

Baca juga: PRU-15: Fahmi Fadzil tekad tidak ambil gaji jika dilantik dalam Kabinet