Calon wanita PH tidak capai  sasaran 30 peratus mengisi kerusi Parlimen, Dun  PRU14

Calon wanita PH tidak capai sasaran 30 peratus mengisi kerusi Parlimen, Dun PRU14

Zuraida Kamaruddin

Zuraida Kamaruddin

Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH)  hari ini secara berterus terang menyatakan kekesalannya kerana  empat parti dalam gabungan itu tidak dapat memenuhi kuota 30 peratus untuk menyenaraikan calon wanita mereka  pada Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini.

Beliau berkata, walaupun agenda 30 peratus dalam pelbagai bidang termasuk politik itu adalah sebahagian daripada tuntutan wanita PH, sebagaimana dalam Konvensyen Wanita Pakatan Harapan pada Januari lalu, diharapkan peratusan itu dapat dicapai dalam pilihan raya di masa akan datang.

“Setakat ini kita belum ada angka muktamad (peratusan) kerana masih dalam proses penyenaraian akhir calon-calon wanita.

“Namun di peringkat Wanita Pakatan Harapan semua parti dalam gabungan meletakkan agenda 30 peratus itu.

“Saya kesal untuk mengatakannya, kemungkinan kita tidak capai 30 peratus itu (PRU14) tetapi kita lihat ada peningkatan lebih besar berbanding PRU13 lalu,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri Pengerusi PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Naib
Presiden PKR Tian Chua.

Ditanya sebab kegagalam Wanita PH memenuhi kuota 30 peratus bagi mengisi 222 kerusi Parlimen dan 505 Dun pada PRU14 disebabkan ujarnya, kurang pembabitkan wanita secara serius dalam politik.

“Kita (Wanita) masih lagi kurang ceburkan diri dalam dunia politik. Kita ambil masa.

“Kita perlu melatih mereka yang ada untuk jadi wakil rakyat yang efektif dan proses ini sedang berlansung dan insyaallah kita akan mencapai 30 peratus atau lebih dari itu,” ujarnya.

 

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS