Malaysia Dateline

Calon Warisan dan BN akan bertarung di PRK Kimanis

Pilihan raya kecil Kimanis pada 18 Januari  akan menyaksikan pertembungan antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Barisan Nasional (BN)

Warisan mempertaruhkan  Datuk Karim Bujang dan  BN Datuk Mohamad Alamin adalah  nama-nama yang diumumkan oleh pegawai pengurus Jupari @ Jupry Etok ketika pencalonan ditutup di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Dun Bani, Beaufort pada jam 10 pagi ini

Pilihan raya kecil KImanis diadakan berikutan pengesahan Mahkamah Persekutuan mengenai keputusan mahkamah pilihan raya bahawa kemenangan Anifah Aman di kerusi pada pilihan raya umum lepas adalah tidak sah.

Mahkamah Pilihan Raya dipetik  berkata berlaku percanggahan dalam proses pemilihan dan ketidakpatuhan undang-undang pilihan raya yang telah menjejaskan keputusan pemilihan.

Alamin, 48, seorang peguam terlatih berkelulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, adalah Ketua Umno Bahagian Kimanis dan Adun Bongawan selama satu penggal, salah satu daripada dua kerusi Dun di bawah Kimanis.

Beliau kehilangan kerusi Bongawan apabila tewas dengan calon Warisan Dr Daud Yusof dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Karim, 66, adalah bekas veteran Umno dan Adun Bongawan selama lima tahun dan bekas pembantu menteri pertahanan.

Karim diiring ke pusat penamaan calon oleh pimpina Warisan, Upko dan Pakatan Harapan negeri dan persekutuan, terutama Presiden Warisan Datuk Seri  Shafie Apdal,, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Bersatu  Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor.

Alamin tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.04 pagi, disertai pemimpin BN termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan presiden MCA Wee Ka Siong.  Manakala Karim