Malaysia Dateline

Calonkan Cikgu Azrin di Merlimau bukti AMANAH angkat peranan pendidik

AMANAH menampilkan calon yang merupakan bekas seorang pendidik cikgu Azrin Abdul Majid sekaligus membuktikan bahawa peranan pendidik dalam politik sangat besar.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Cikgu Azrin diberi pencalonan di DUN Merlimau merupakan bekas Ketua Pengarah Pusat Asuhan tajaan Pas iaitu PASTI ketika bersama parti itu sebelum ini.

Sekarang beliau merupakan Pengerusi Biro Pendidikan AMANAH Melaka.

Jawatankuasa Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional Syazmir Haris Noorazlan berkata, calon-calon yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan perbezaan demografi bagi memastikan nilai ‘Peduli’ yang dibawa oleh AMANAH tidak meminggirkan walaupun sesuatu pihak.

“Sangat mengujakan saya dan biro apabila golongan pendidik diberi ruang sebagai pembuat dasar negeri Melaka kelak,” katanya.

Justeru beliau berharap pengundi Melaka akan memberikan peluang kepada Cikgu Azrin di Merlimau.

Cikgu Azrin memiliki ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi pada tahun 2005 dan ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya pada tahun 1989.

Beliau mempunyai pengalaman menjadi guru akademik bermula di Jasin pada tahun 1996 hingga 2014 kemudian di Akademik Institut Latihan Perindustrian Selandar sehingga tahun 2018, dan beliau sebagai guru akademik di SMK Seri Bemban Melaka pada April 2020 sehingga kini.