Malaysia Dateline

Campur tangan politik dalam PDRM mesti dihentikan, kata Hamid Bador

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata tindakan campur tangan politik dalam urusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mesti dihentikan serta merta.

Dalam sidang media terakhir petang ini, Hamid menyifatkan Menteri Dalam Negeri telah melanggar batas dalam urusan pentadbiran polis

“Campur tangan politik mesti dihentikan serta merta demi masa depan negara,” kata beliau yang akan bersara minggu depan.

Hamid tanpa berselindung mendedahkan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin melanggar batas campur tangan dalam urusan pentadbiran pasukan polis.

“Seorang menteri tidak boleh campur tangan dalam kawal selia pasukan PDRM.

“Menteri hanya diberi kuasa untuk tetapkan dasar,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Hamid mendedahkan campur tangan itu beberapa jam selepas Hamzah mengaku suara beliau dalam perbualan mengatur pertukaran pegawai kanan polis yang tersebar sejak beberapa hari lalu.

Terdahulu, Hamzah mengaku audio yang tular di media sosial berhubung pelantikan dan pertukaran polis adalah dirinya.

Hamzah turut menegaskan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan cuma yang salahnya orang yang merakam perbualannya dengan seseorang.