Campurtangan asing menjadi modal berkempen di PRN Sarawak 2016

Campurtangan asing menjadi modal berkempen di PRN Sarawak 2016

 

Beberapa hari lepas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dilapor media arus perdana supaya rakyat mengelakkan campurtangan asing dalam hal politik negara.

Sedap bunyinya, Alhamdullillah. Namun rakyat masih belum jelas campurtangan asing itu agaknya bagaimanakah definasinya?.

Apakah menerima derma daripada Saudi Arabia dilaporkan media untuk tujuan akaun politik umno bukan satu bentuk campurtangan asing?

Apakah penderma sudah menjadi warga negara Malaysia dengan mempunyai mykad dan tinggal di Utan Aji,Perlis?

Jika benar ianya untuk Umno, mengapa pula akaun Umno tiada dikreditkan dengan amaun berkenaan semasa dibentangkan di permulaan perhimpunan agung Umno tahun lalu?

Apakah pemimpin Umno lain tidak terfikirkah amaun berkenaan sepatutnya berada dalam akaunUmno dan ketiadaan amaun berkenaan boleh di anggap sebagai satu bentuk pecah amanah yang boleh dilaporkan kepada pelbagai institusi penguatkuasaan undang undang termasuk antaranya polis dan pendaftar pertubuhan.

Peguam Umno pula tampil membuat kenyataan yang pihak luar tidak boleh menyiasat rakyat Malaysia. Agaknya di manakah peguam Umno belajar undang-undang?

Pernahkah peguam Umno kenal satu agensi antarabangsa yang dipanggil Interpol? Mungkin beliau patut google mengenai Interpol.

Kewujudan pelbagai akta parlimen yang diluluskan di negara kita yang menerima pakai pelbagai konvensyen pertubuhan bangsa bersatu membolehkan negara luar datang menahan dan membawa pulang sesiapa sahaja untuk didakwa di negara mereka.

Tiadakah pengetahuan peguam Umno mengenai AMLATFAPUAA 2001 (Akta Anti Penggubahan Wang Haram, Anti Pembiayaan Keganasan dan Pendapatan daripada Aktiviti Haram 2001) yang dijadikan undang undang di negara kita daripada Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

Atau tiadakah pengentahuan peguam Umno mengenai Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002 (Akta Kerjasama dalam Perkara Perkara Jenayah 2002) yang membolehkan negara luar menyiasat, menahan dan mendakwa rakyat Malaysia di negara mereka yang mana Akta berkenaan berasal daripada Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan diluluskan di Dewan Rakyat sebagai undang undang yang berkuatkuasa di negara kita.

Malah dengan negara yang kita tidak mempunyai treaties(perjanjian) pun kita mesti memberi kerjasama dalam hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang jenayah negara lain.

Perkara ini menjadi jelas dan ketat di seluruh dunia selepas kejadian pesawat yang melanggar twin tower di Amerika. Jangan lupa beberapa contoh mudah termasuk membuka tali pinggang bagi lelaki ketika hendak melalui pemeriksaan masuk ke dewan berlepas lapangan terbang dan larangan membawa cecair menerusi bagasi tangan juga diguna pakai bagi penerbangan domestik negara kita.

Siasatan syarikat hutang negara telah dijalankan di beberapa negara seluruh dunia kerana bukti pergerakkan wang menerusi pindahan komputer secara atas talian berbillion USD dapat di kesan dengan mudah sekali walaupun secara zahirnya begitu mudah dinafikan secara lisan kosong tanpa asas oleh mereka mereka yang di syaki terlibat mahupun mereka mereka yang beria ia bersubahat menafikan dengan pelbagai alasan bodoh untuk sebarang ganjaran barangkali.

Wang berbillion dipindahkan dizaman moden menerusi pindahan komputer secara atas talian dan ianya mudah dikesan oleh pihak berkuasa kewangan seluruh dunia namun rakyat Malaysia hendak dipaksa percaya yang wang berkenaan di masukkan ke dalam guni dan di hantar melalui beberapa penerbangan kot.

Ini versi penjelasan untuk orang kampong yang dah nak, ‘expired’ mungkin boleh percaya.

Peristiwa tahun 1986 Imelda Marcos bersama suaminya mendiang presiden Ferdinand Marcos menyimpan USD4 billion di Switzerland dibincangkan di persidangan anti rasuah antarabangsa tahun lepas di PICC Putrajaya.
Kerajaan Switzerland membekukan dan memulangkan secara berperingkat kepada kerajaan Filipina hingga mengambil masa lebih 20 tahun lamanya. Pelbagai syarat di kenakan oleh pihak berkuasa Switzerland dalam proses pemulangan wang berkenaan kepada Filipina bagi memastikan ianya tidak di salah gunakan oleh kerajaan yang memerintah selepas zaman Marcos.

Kerajaan Switzerland mensyaratkan USD1.8 billion mesti di pulangkan kepada peladang kelapa kerana sebelum melarikan diri pasangan Marcos mengenakan cukai kelapa kepada peladang kelapa.

Secara kebetulan pihak berkuasa Switzerland juga telah membekukan USD4 billion milik Malaysia dalam siasatan mereka terhadap syarikat hutang negara malah secara kebetulan juga rakyat baru di kenakan GST.

Apakah episod Marcos akan berulang di negara kita? Rakyat bukanlah bodoh sekalipun sebilangan kecil penguatkuasa undang undang cuba sedaya upaya bersubahat melindungi penjenayah. Barangkali mereka bercita cita untuk sama sama bermesyuarat dalam penjara di luar negara ataupun mereka menanggap satu akta yang melindungi penjawat awam daripada tindakan dapat melindungi mereka. Hello, akta berkenaan tidak terpakai atau tidak boleh di salah gunakan untuk melindungi sebarang bentuk jenayah.

Kini kita di hidangkan dengan berita perletakkan jawatan lembaga pengarah syarikat hutang negara. Letaklah jawatan tapi kesalahan jenayah tetap kekal tiada hadmasa disisi undang undang (no limitation period to prosecute) untuk pendakwaan.

Rakyat berasa keliru kerana dicanangkan tidak mahu campurtangan asing ketika kempen pilihanraya Sarawak namun segala perbuatan mereka yang berkenaan sememangnya melibatkan pihak asing melainkan lah kot kot semua pihak asing berkenaan dah dapat mykad macam begitu ramai Bangla yang dirakam video yang disebar di internet ketika hadir mengundi di PRU13.

Agak menarik bila ada yang mengaku berjumpa penderma dan wakil penderma kemudian dilaporkan penderma telah pun meninggal. “disinilah, cikgu kita mati ya ramlee” kata Sudin dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

Selamat mengundi kepada rakyat Sarawak, buatlah keputusan yang bijak dan pantaulah semua proses selepas pengundian dengan teliti supaya kemungkinan sebarang salah laku proses pengiraan dapat diminimakan InshaaAllah.

* Penulis Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar adalah seorang peguam.

CATEGORIES