Malaysia Dateline

Cantas saya tak apa, tetapi jangan langgar presiden, kata ulama Pas

AJK Dewan Ulamak Pas, Mokhtar Senik memberikan amaran, beliau tidak pernah risau mana-mana pihak mahu mencantas beliau tetapi jangan sesekali melanggar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kamu nak cantas saya, saya tak pernah risau dan resah. Kerana saya bukan org penting dalam parti.

“Lagi pun saya tiada apa-apa kepentingan pribadi. Sebab itu saya tak pernah “playsafe” seperti kamu.

“Yang tak kena saya tegur je walau merugikan perjalanan politik saya. Apa saya kesah. Saya bukan makan gaji dengan parti jauh sekali dengan kamu,” kata Mokhtar menerusi facebook beliau yang dipercayai ditujukan kepada pemimpin¬† Pas yang lain.

Menurut Mokhtar, beliau naik pun bukan kerana pengaruh ayah beliau.

“Bukan kerana ditaja oleh team saya. Saya naik kerana ahli kat bawah lonjak saya. Sebahagian mereka itu rakan-rakan,teman-teman dan anak-anak murid saya yang mengenali saya,” kata Mokhtar.

Tetapi Mokhtar menegaskan, jika pihak berkenaan mahu melnggar Presiden, beliau akan ambil berat.

“Tapi kalau kamu berhasrat nak langgar presiden maka saya akan “kesah”. Saya percaya saya masih ada teman-teman untuk bersama mempertahankan presiden.

“Beliau GURU dan MURABBI kami. Jangan galak sangat sebab kami sedang memerhati. Pegang teguh pendirian parti dan walak kepada pimpinan,” kata beliau.

Bagi Mokhtar, walaupun tiada kenyataan jelas sesetengah pihak cuba memusnahkan parti, tetapi bersama dengan musuh boleh menyusahkan parti itu.

“Tiada statment jelas bahawa kamu suruh kambing makan pokok-pokok sayur, tapi perbuatan kamu melepaskan kambing dan meruntuhkan pagar bermakna kamu sedang membinasakan kebun sayuran,” kata beliau.