Malaysia Dateline

Cara pam tayar kereta dengan betul, ramai tak tahu info penting ini

Untuk mereka yang mempunyai kenderaan sendiri, anda disaran untuk sentiasa memeriksa tekanan angin tayar anda untuk memastikan pemanduan anda sentiasa selamat.

Sekiranya anda tidak cakna akan keadaan tayar anda, ia mungkin akan menjejaskan pemanduan kerana kita sebolehnya tidak mahu ada perkara buruk yang berlaku kepada anda dan pengguna jalan raya yang lain.

Perkara ini mungkin nampak remeh pada pandangan anda tetapi sebenarnya ramai yang tidak tahu bagaimana cara sebenarnya untuk pam tayar dengan panduan yang betul.

Pastikan tayar anda berada dalam keadaan sejuk

Tayar sejuk bermakn kereta anda diletakkan di tempat yang teduh dan perjalanan tidak melebihi 2 kilometer.Jika tayar masih panas ia akan memberi kesan kepada tayar dan memberikan bacaan tekanan angin yang tidak tepat

Lihat isi padu angin yang sesuai mengikut jenis kenderaan

Baca tekanan angin optimum yang disarankan oleh pengeluar kereta anda berdasarkan pelekat yang berada di bahagian pintu sebelah pemandu

Set pam angin dengan jumlah yang sesuai untuk tayar anda. Selepas ketahui tekanan optimum yang disarankan, set tekanan angin pada pam angin.

Isi sehingga mesin pam angin berbunyi beep

Ada dua jenis pam iaitu menggunakan bacaan jarum dan bacaan digital. Cara menggunakan pam angin menggunakan jarum adalah dengan menaikkan jarum pam ke arah jumlah angin yang anda mahukan.

Masukkan pengepam pada punat tayar dan tunggu sehingga berbunyi beep.

Jika menggunakan bacaan digital, ia lebih mudah. Tekan butang tambah sehingga paparan pam angin digital menunjukkan jumlah angin yang anda mahu.

Masukkan pengepam pada punat tayar dan tunggu sehingga berbunyi beep Semoga perkongsian ini dapat membantu