Sambung lagi ya cerita. Maaf, semalam tak dapat sambumg cerita, terlalu letih.
Dua hari lepas, saya habaq di hari ketiga kami terpaksa ke ATM Cyberjaya untuk keluarkan wang bagi tujuan nak pi order makanan 200 bungkus.
Kenapa ke Cyberjaya? Sebab masih tiada elektrik di Dengkil, maka mesin ATM juga tidak berfungsi di Pekan Dengkil.
Alhamdulillah, team kami dapat belikan 200 paket makanan untuk mangsa yang ditempatkan di PPS UiTM Dengkil.
Masa mula-mula order makanan, restoran itu minta deposit. Kami habaq maaf kami tiada tunai sebab baru nak ke bank. Alhamdulillah, depa faham.
Apabila sudah dapat duit dan kami bayar penuh kira-kira RM2,000, agak laju depa masak. Biasalah tu, ‘kan!
Maaf, selingan iklan. Ada sedikit cerita menarik. Salah seorang anggota team kami yang baru edar lebih kurang 200 makanan di Taman Permata telah terima aduan dari seseorang kononnya edaran kami itu tidak sampai pada mereka.
Awalnya, anggota team kami itu habaq pada pengadu, “Abang, saya baru sahaja edar 200 pek di situ. Tak mengapalah, oleh kerana abang kata masih ada yang tidak dapat lagi, saya akan tinggalkan lagi baki dalam kereta 100 bungkus ya!”
The idea was tak mahu depa kecewa dengan our service. Kami telah cuba yang terbaik untuk beri khidmat terbaik, Insha-Allah. Bertelagah, perkara yang kami cuba elakkan, Insha-Allah.
Tak lama selepas itu, anggota team kami yang sama didatangi pula seorang wanita dari taman perumahan yang sama sambil mengadu, “Encik, di Flat Taman Permata, kami tidak pernah dapat pek makanan sekalipun!”
Pegawai saya kata, “Puan, saya baru sahaja selesai edar 300 pek makanan di flat yang puan tinggal”.
Walaupun begitu, wanita itu tetap berkeras dan ketegaq habaq di flat itu depa tidak pernah terima makanan! Ya Salam!
Pegawai team kami tidak mahu panjangkan cerita. Lalu, dia pun hulur tunai RM50 pada wanita itu sambil habaq, “tak apa makcik, ni saya bagi makcik RM50 jika makcik belum makan, boleh ya beli makanan. Maaf, ya makcik!”
Muka wanita itu tersenyum dan selepas itu dia terus menghilang. Mungkin pi beli makanan.
Hari Keempat – 21 Disember 2021 (Selasa)
Saya dibawa bertemu para bomba yang bertugas di PPS di Kampung Bukit Changgang, RTB dan Taman Bandar Seri Ehsan. Di ketiga-tiga lokasi tersebut, keadaan agak teruk dan hubungan hampir terputus.
Saya telah bertanya pihak bomba di situ apa yang team kami boleh bantu?
Pihak bomba beritahu saya pada masa itu, antara yang penduduk amat perlukan adalah lilin dan petrol di samping pampers dan lain-lain.
Saya habaq kami akan cuba berusaha dapatkan Insha-Allah. Oleh kerana, masa itu juga pihak bomba sedang dalam persiapan untuk hantar barangan ke Taman Bandar Sri Ehsan, maka kami serahkan segala barangan yang team kami bawa dengan kenderaan 4×4 kepada pihak bomba. Saya minta pihak bomba kirim salam pada wakil penduduk dan pohon maaf tidak dapat ke sana.
Apabila saya tanya dengan pihak bomba, adakah depa sudah makan, ketua depa bisik pada saya, “Maaf YB, sejak pagi tadi belum makan YB!”
Saya rasa bersalah sangat.
Salah seorang anggota team saya, saudara Alif beritahu saya, “YB, kami dah order 200 bungkus makanan. Kita boleh agihkan 40 pek untuk mereka”.
Saya dan anggota team saya, saudara Wan kemudiannya ambil lebih kurang 40 bungkus dari 200 pek tersebut untuk diagih kepada pihak bomba di situ.
Alhamdulillah, rasa lega sedikit apabila depa gembira menerima 40 pek makanan tengah hari itu daripada pasukan kami. Bagi kami depa adalah wira yang tidak didendang!
Apabila saya beritahu pihak bomba yang team kami ada beli dua buah inflatable kayak, depa pohon jika boleh dua items itu kami beri pada depa untuk kegunaan depa.
Saya habaq, “no problem, by all means, you can have them! Lagipun anda semua lagi perlukan!”
Selepas lawatan ke lokasi tersebut, team kami kemudiannya ke PPS di SK Kota Warisan. Di sana, antara item yang kami bawa adalah alat-alat pembersihan rumah dan juga permainan kanak-kanak.
Kenapa permainan kanak-kanak? Insha-Allah, sambung esok ya…