Malaysia Dateline

Cemas tanah mendap di Lestari Perdana

Penduduk di Lestari Perdana, Seri Kembangan berdepan detik-detik cemas apabila berlaku kejadian tanah mendap berdekatan Jalan Putra Permai petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan lima kenderaan rosak akibat kejadian itu.

Pengarahnya, Norazam Khamis, berkata tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

“Berdasarkan laporan awal, berlaku kejadian tanah mendap di kawasan berhampiran longkang mengakibatkan lima buah kenderaan rosak.

“Pihak bomba sedang menjalankan pemantauan di lokasi dan tiada mangsa dilaporkan terbabit,” lapor BH.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Harris Nasril memberitahu keadaan hakisan di sungai itu dilihat telah berlaku sejak beberapa tahun lalu.

“Sudah bertahun-tahun tebing sungai itu terhakis. Tak tahu kenapa dibiarkan sampai jadi begini,” katanya dalam hantaran di Facebook.