Cendekiawan PH Johor tolak PPSMI

Cendekiawan PH Johor tolak PPSMI

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mendapat pandangan yang berbeza daripada para pengamal ilmu atau cendekiawan.

Menurut bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Emeritus Dr. Haji Shamsudin Haji Mohd Amin (gambar atas) , berkata PPSMI tidak seharusnya diteruskan sekiranya Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat pada Pilihanraya Umum ke-4 (PRU14) yang akan datang.

“Jangan biarkan murid menjadi tikus makmal dengan perlaksanaan pelbagai silibus sehingga murid menjadi keliru dengan apa yang dibawa oleh kerajaan.

“Sebelum ini PPSMI dilihat tidak berjaya membawa murid untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang sains dan matematik malah kebanyakkan murid di pendalaman lebih teruk terkesan dengan perlaksanaan PPSMI.

“PH perlu memikirkan kaedah lain sebagai suatu cara untuk memperkasakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan sekaligus mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kefahaman pendidikan,” ujar beliau.

Beliau yang ketika ditemui dalam program Wacana Pendidikan anjuran Pendidik Negeri Johor telah menyampaikan pandangan beliau dalam program tersebut yang turut dihadiri kepimpinan PH seperti Presiden Bersatu yang merupakan bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka yang hadir di Wacana Pendidikan berkenaan.

Selain itu, beliau juga tidak menolak peri pentingnya Bahasa Inggeris yang dilihat sebagai bahasa ilmu dan ia harus diperkasakan.

Dalam wacana tersebut Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menyuarakan keluhan yang sama berkenaan dengan pemansuhan PPSMI di zaman beliau menjadi Menteri Pendidikan.

“PPSMI yang diasaskan pada tahun 2003 telah dimansuhkan pada tahun 2012 di zaman saya menjadi Menteri Pendidikan. Saya melihat PPSMI ini tidak dapat membantu pelajar atau murid untuk mencapai kecemerlangan yang dikhendaki,” Muhyiddin Yassin.

Wacan itu turut dihadiri oleh, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, YB Haji Aminolhuda Haji Hassan, Ketua Bahagian Bersatu, Haji Zais Akil dan bekas-bekas pendidik di negeri Johor ini.

8.3
OVERALL SCORE
: 6.0
2 user votes x 9.5