Malaysia Dateline

CEO Sime Darby pula positif Covid-19

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Berhad (SDB), Datuk Jeffri Salim Davidson disahkan positif Covid-19, dua hari selepas Pengerusinya dijangkiti virus berbahaya itu.

Jeffri pada masa ini dikuarantinkan. Difahamakan, beliau tidak melawat mana-mana premis kumpulan itu dalam tempoh 16 hari lepas.

“Mana-mana pekerja yang mempunyai hubungan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan telah diminta melakukan pengasingan sendiri dan menjalani pemeriksaan perubatan yang diperlukan.

“Sime Darby sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja, termasuk menjejaki individu-individu yang yang telah berhubung dengan CEO kumpulan,” dipetik kenyataan media kumpulan tersebut hari ini.

Ekoran itu, Ketua Pegawai Kewangannya Mustamir Mohamad telah mengambil alih tanggungjawab CEO kumpulan semasa ketiadaan Jeffri.

Kelmarin, Pengerusi SDB, Datuk Abdul Rahman Ahmad disahkan dijangkiti Covid-19. Beliau dilaporkan tidak melawat mana-mana premis SDB sejak 18 hari lalu.