Tubuh seorang wanita selepas berkahwin pastinya berubah secara mendadak apatah lagi selepas melahirkan anak.
Namun janganlah sampai jadikan perubahan tubuh untuk bercerai kerana sang suami juga menjadi penyumpang kepada faktor tubuhnya tidak lagi seperti masa bujang.
Seorang pengguna TikTok, Zaleha Baba berkongsi kisah mengenai penyesalan seorang suami.
Seorang lelaki berkongsi kisah dengannya mengenai kesalahan dirinya menceraikan isteri dek kerana beratnya naik walhal dia sudah jatuh cinta dengan seorang janda.
Kejadian ini berlaku sekitar lima tahun lalu, si lelaki terus bernikah dengan janda anak dua selepas bercerai dengan isteri.
Namun apakan daya, sebenarnya dia juga menjadi mangsa isteri baru dan bekas suaminya yang bersekongkol untuk menipu lelaki tersebut.
Rupa-rupanya wanita yang dikahwini mempunyai terlalu banyak hutang untuk dilangsaikan dan selepas dua tahun dia menceraikan isteri barunya.
Ketika itulah dia sedar akan sayangnya kepada bekas isteri dan cuba mencari semula selepas memutuskan semua hubungan antaranya dan keluarga lama.
Namun segalanya sudah terlambat, ‘bidadari’ itu sudah bertemu kembali dengan PenciptaNya akibat terlalu taksub ingin menjadi kurus seperti kemahuan bekas suami.
Para wanita tidak perlu taksub untuk menjadi kurus, apa yang lebih penting adalah kesihatan diri anda, tak perlu puaskan hati semua asalkan diri gembira.
Baca juga: 8 pantang larang yang orang tua selalu pesan, tapi masih ramai buat