CERITA BERGAMBAR: Jalan Masjid India antara syurga jualan kuih raya

CERITA BERGAMBAR: Jalan Masjid India antara syurga jualan kuih raya

Menjelang Aidilfitri yang tinggal tidak berapa hari lagi, penjualan kuih raya semakin rancak di seluruh negara. Antara tempat tumpuan penjual dan pembeli kuih raya adalah di Jalan Masjid India, di ibu kota Kuala Lumpur. Jurugambar Malaysia Dateline, WAN ZAHARI SALLEH menjejaki aktiviti mereka menjelang hari raya ini.

1. Abang Zul, salah seorang penjual kuih raya di Jalan Masjid India antara yang aktif menjual kali ini. Beliau sibuk sekali mempromosi kuih raya kepada pelanggannya.

2. Kuih raya di Jalan Masjid India sememangnya menarik minat pembeli untuk juadah di hari raya. Semakin dekat dengan hari raya, semakin sibuk kawasan ini.

3. Pembantu jualan, Kamal, sibuk melayan pelangannya di gerai jualan kuih raya di Jalan Masjid India.

4. Pembantu jualan, Mohd Khairul Amirin (kanan) juga sibuk menjelaska​n tentang kuih raya kepada pelangganny​a.

5. Pelbagai jenis kuih raya terdapat di Bazar Jalan Masjid India ini. Harganya bakal turun lagi menjelang tiba hari raya terutama di malam raya.

6. Gerai jualan kuih raya kepunyaan Ahmad Fuad di Bazar Jalan Masjid India. Pelbagai jenis kuih raya ada di sini.

7. Kak Milah, salah seorang penjual kuih raya di Jalan Masjid India menyusun kuih raya untuk menarik minat pengunjung.

COMMENTS

Wordpress (0)