Malaysia Dateline

Cerita tubuh parti baharu hanya mahu ugut Mahiaddin?

Konon-kononnya Zuraida Kamaruddin akan tubuh parti baharu. Cerita ini sempat juga jadi pertuturan dan buah mulut. Ada yang percaya dan membuat pelbagai spekulasi. Bagi saya tidak ada munasabahnya untuk Zuraida tubuh parti baru, buat apa?

Dia sudah jadi menteri dan kedudukan itu sudah cukup baginya. Untuk perjuangkan apa lagi dengan parti baru itu? PPBM yang beliau masuki sekarang ini sudah membolehkan dia lakukan apa sahaja.

Bagi saya, cerita Zuraida nak tubuh parti baru itu adalah sebahagian daripada strategi atau pelan untuk Azmin Ali sahaja. Boleh jadi dengan ura-ura untuk tubuh parti baru itu bagi mengecutkan presiden parti PPBM.

Umum tahu PPBM jadi kuat apabila ada 12 orang MP Keadilan yang diheret Azmin termasuk Zuraida.

Azmin ada cita-cita terpendam untuk melonjak ke atas, menjadi Perdana Menteri. Untuk sampai ke takah itu dia harus terlebih dahulu menjadi timbalan perdana menteri.

Dengan status menteri kanan hari ini, ia bukan sesuatu yang memuaskan hati Azmin. Jawatan TPM perlu bagi dia membina kekuatannya.

Dia perlu diletakkan segera di kerusi TPM bagi mengukuhkan kedudukannya dan menguatkan sokongan. Orang ramai di luar sana akan beriya-iya menyokongnya kalau dia diberikan post itu.

Jadi, ura-ura parti baru yang dikaitkan dengan orang kanan dan kiri Azmin itu adalah tidak lebih daripada untuk mengugut Mahiaddin semata-mata, mendesak Mahiaddin melakukan sesuatu yang diingini Azmin.

Kalau Mahiaddin tidak bersedia untuk menggemburkan namanya Azmin sebagai TPM, kemungkinan Azmin akan minta Zuraida proceedkan parti baru itu.

Dalam kata lain, parti baru yang ditaja Zuraida itu untuk menaikkan minyak dan syih Azmin dan orang-orang PKR yang diheretnya sahaja. Tidak lebih dari itu.