Chang Khim nafi perlekeh Amanah isu ahli majlis PBT

Chang Khim nafi perlekeh Amanah isu ahli majlis PBT

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim amat kesal dengan laporan tidak tepat sebuah akhbar harian berhubung kerusi ahli majlis kerajaan tempatan yang diperuntukkan kepada parti Amanah.

Dalam kenyataannya di laman facebook malam tadi, beliau berkata akhbar berkenaan telah mensasikan jawapan yang diberikan.

“Saya merasa amat kesal dengan laporan Sinar Harian yang mensensasikan jawapan saya kepada wartawannya petang tadi dan menerbitkan laporan yang tidak tepat.

“Pada pokoknya, jawapan saya ialah menyeru Amanah menerima 8 kerusi Ahli Majlis yang diputuskan oleh kerajaan negeri buat masa ini dan permintaan Amanah untuk lebih kerusi boleh dibincangkan pada penggal hadapan memandangkan masa terlalu suntuk untuk dibincangkan kali ini kerana ia akan melewatkan perlantikan yang akan menjejaskan kelancaran pentadbiran pihak berkuasa tempatan,”jelasnya.

Menurut Chang Khim, beliau menjawab soalan waartawan dengan nada tenang dan bahasa yang penuh diplomasi tetapi laporan yang tersiar memberikan gambaran yang ‘garang dan agresif’.

Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan kenyataan Chang Khim yang juga Exco Pelaburan Perindustrian (IKS) dan Perdagangan dan Pengangkutan Selangor menggesa Amanah bersyukur kerana diberikan lapan kerusi untuk ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bersyukurlah daripada kosong dapat juga lapan kerusi untuk ahli majlis Amanah.

“Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) itu dah muktamad, tidak akan ada lagi rundingan untuk Amanah tambah kerusi… Kalau tak puas hati dapat lapan sahaja, tunggulah penggal akan datang,” laporan itu dipetik.

Sinar Harian juga melaporkan Ahli Jawatankuasa DAP Pusat itu menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak tergugat dengan gertakan Amanah untuk menolak tawaran sekiranya tidak diberikan minimum 24 kuota kerusi.

“Kerajaan negeri tidak kisah kalau Amanah tidak mahu terima tawaran lapan kerusi PBT berkenaan. Kita akan serahkan semula kepada PKR, PAS dan DAP untuk uruskan seperti sebelumnya.

“Kita tidak ada masa untuk layan semua ini. Lagipun tak nak timbul gangguan tugas harian peringkat PBT, buat masa ini terima lah dahulu lapan kerusi itu tapi kita harap Amanah dapat berikan kerjasama yang baik bagi meneruskan kelangsungan Pakatan Harapan,” laporan itu dipetik.

TAGS