Malaysia Dateline

Che Lah lupa rekod luar biasa pengundi Kelantan

Rakyat Kelantan rata riti mempunyai sejarah politik yang amat bijak. Sebelum ini mereka boleh menukar kerajaan Pas kepada Umno dan dari Umno kepada Pas. Pada pilihanraya 2004, sekali lagi rakyat ingin menamatkan pemerintahan Pas. Umno diberi undi besar hampir menumpaskan Pas tetapi faktor pemecatan Ibrahim Ali oleh Umno telah memberi sedikit bonus dan kemenangan tipis kepada Pas dengan kelebihan 1 DUN dan 2 undi sahaja.

Pada pilihan raya 2018, momentum rakyat utk menolak Umno dan kerajaan BN amat kuat dan akhirnya berjaya membentuk kerajaan baru di peringkat Persekutuan atas nama Pakatan Harapan. Kerajaan Pas Kelantan sekali lagi terselamat kerana rakyat Kelantan mula membenci Umno semula. Rakyat Kelantan tidak akan membenarkan Umno kembali memerintah walaupun waktu itu kerajaan Pas bukanlah sebuah kerajaan yang baik untuk rakyat.

Rekod pentadbiran kerajaan sekarang amat memualkan rakyat Kelantan. One Off RM400 juta menjadi misteri. Rakyat takkan boleh mengekalkan kepimpinan yang lebih mementingkan pembelian Mercedez dari menjaga kebajikan rakyat. Pengundi akan menolak kerajaan yang tidak tahu untuk menyelesaikan masalah air berkarat, masalah lebuhraya yang dikerat-kerat, masalah longkang dan perparitan.

Pemimpin Pas terlalu mempermainkan kata-kata dengan merendah rendahkan martabat rakyat Kelantan. Rakyat disangka bodoh dan dungu. Meminta rakyat Kelantan meminum air telaga dan mandi sungai Kelantan yang keruh pekat adalah merupakan ejekan dan penghinaan mutlak kepada rakyat Kelantan.

Apatah lagi Pas kini telah bergabung dengan Umno yang amat dikenali rekod buruknya. Mereka sebelumnya menafikan penuh berhelah dengan ungkapan “gong pah atah belake” dan “pengat durian serta pengat taik” tetapi akhirnya betul-betul termaktub di depan mata. Mereka belakon hidup-hidup di depan mata pengundi dan rakyat Kelantan.

Rakyat Kelantan sudah muak dan telah menunjuk jalan mati kepada Umno dalam pilihanraya 2018. Pengundi luar juga telah menunjukkan isyarat yang jelas. Kini, setelah Pas bergabung dengan Umno (PAS NO) rakyat akan menolak kedua parti ini. Pantang mereka untuk mengundi Umno dan regunya sekali.

Mood rakyat sudah berubah.

Pengundi nampak optimis kepada PH semula. Rakyat sedang berkira kira menunggu utk menukar kerajaan. Pimpinan PH Kelantan perlu merekayasa halatuju dengan jelas, memperkemaskan jentera serta organisasi dlm masa yang masih berbaki.

Meneruskan PAS NO sebagai kerajaan hanyalah beban kepada rakyat Kelantan. Kelantan akan kekal mundur. Giliran PAS NO pula akan ditolak hidup-hidup oleh pengundi Kelantan.

* Penulis adalah Naib 1 AMANAH Kelantan dan Ketua AMANAH Kawasan Pasir Mas.