Che Puan Sofie bersyukur dapat kad pengenalan Malaysia, selamat lahirkan putera sulung bulan lepas

Oleh MAISARAH AISYA

Bukan senang untuk mendapat kerakyatan warganegara Malaysia, malah ada kes sehingga kini yang masih tidak mendapat kad pengenalan walhal lahir di sini.

Terbaru satu hantaran dimuat naik di Instagram, Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson mengenai penerimaan kad pengenalan Malaysia.

Pada 17 Julai lalu, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan isterinya, Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson telah dikurniakan putera pertama mereka.

Berita tersebut dikongsikan di laman instagram milik Che Puan Sofie pada Selasa lepas.

Che Puan Sofie turut mendedahkan nama serta wajah anakanda putera sulung Tengku Mahkota Kelantan iaitu Putera Johan.

“Ogos 2023, Harini kami menerima kad pengenalan malaysia daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Terima Kasih kepada semua yang terlibat,” ujar Che Puan Sofie.

Namun kebanyakan warganet keliru sama ada kad pengenalan tersebut adalah untuk Che Puan Sofie atau untuk anakandanya, Putera Johan.

Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Mahkota Kelantan telah diijabkabul pada 19 April 2019

Baca juga: Tiara rupanya ada masalah pembelajaran, Achey galak berniaga untuk asah ‘skill’ anak