Chegu Bard dakwa syarikat insuran CIMB Aviva tidak bertanggung jawab

Chegu Bard dakwa syarikat insuran CIMB Aviva tidak bertanggung jawab

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),mendesak CIMB mengambil tanggung jawab terhadap nasib yang menimpa seorang bapa kematian anak yang hanya dibayar RM150 daripada simpanan insurans di bawah pelan yang disediakaan CIMB [email protected] Life Malaysia Bhd.

Pengasas SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata,Allahyarham Shazwani Shaharuddin telah meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya di Cherating, Pahang.

“Apa yang sangat dikesali apabila Shaharuddin menghubungi syarikat insuran memaklumkan kematian anaknya, beliau hanya diberikan RM150 sebagai bayaran penamatan polisi arwah anaknya. Paling mengejutkan ialah polisi tidak termasuk kes kematian.

“dari aspek perundangan mungkin pihak syarikat insuran betul tetapi dari aspek moral ternyata pihak syarikat memperdaya pelanggan,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard turut mempersoalkan syarikat insuran itu tidak meliputi aspek ‘kematian’ sebagai salah satu pelan pelindungan insuran.

“Bayangkan dalam kes seperti ini berapa ramai menjadi mangsa dengan polisi yang kebanyakanya bertulisan kecil berbahasa Inggeris lalu ditandatangani begitu sahaja. Paling utama ‘kegilaan’ apakah ini insuran tidak ‘cover’ kematian?

“Pembayaran RM150 kepada keluarga si mati selepas membayar insuran selama 10 tahun merupakan satu penghinaan.

“CIMB boleh memilih untuk mendiamkan sahaja mengenai kes ini kerana ia melibatkan keluarga miskin dan bukan ‘taikun’ kaya tapi yakinlah kumpulan – kumpulan kecil marhaen sedang bergabung untuk melanggar dan kami akan pastikan pemodal sebesar CIMB jatuh jika tidak mengambil tanggungjawab ini,” tegasnya.

Beberapa minggu lalu telah ‘viral’ di media sosial bermula dari pasukan media sosial yang memperkenalkan diri mereka sebagai The Mercenaries berkenaan dengan CIMB Aviva @Sun Life Malaysia Bhd yang hanya membayar RM150 kepada bapa yang kematian anaknya.

Seorang bapa bernama Shaharuddin Bin Md Zaki telah membayar secara tetap melalui potongan gaji, RM48.00 sebulan untuk dua anaknya selama 10 tahun dibawah skim “CIMB Aviva Takaful Child Protection Plan”

Dua minggu lalu salah seorang anaknya yang dilindungi polisi tersebut, Shazwani telah meninggal dunia.

COMMENTS

Wordpress (0)