China akan lindungi syarikatnya jika kepentingan terjejas, lapor media asing

China akan lindungi syarikatnya jika kepentingan terjejas, lapor media asing

Pihak berkuasa China enggan mengulas berikutan ikrar yang dibuat oleh kerajaan baharu Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia akan mengkaji semula semua perjanjian yang meragukan antara Malaysia dengan China sebelum ini, lapor South China Morning Post.

Namun menurut laporan tersebut, dalam Global Times, iaitu tabloid milik kerajaan Menteri Luar China memberi amaran kepada Mahathir bahawa jika kepentingan syarikat China terjejas, mereka akan mempunyai hak untuk menuntut pampasan.

“Kerajaan China juga akan mengambil langkah konkrit untuk melindungi kepentingan dan hak syarikat perniagaan China,” laporan Global Times dipetik.

Apa yang menambah kedukaan China ialah, Malaysia kini semakin merapati pesaing Beijing iaitu Jepun dan ia jelas apabila Mahathir menjadikan destinasi lawatan luar pertamanya Tokyo, kata laporan itu.

“Kami akan berkawan dengan China, tertapi kami tidak mahu berhutang dengan China,” Mahathir dilaporkan berkata.

CATEGORIES