Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
China hantar bekalan perubatan ke Hospital Sungai Buloh

China hantar bekalan perubatan ke Hospital Sungai Buloh

Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 19, 2020 3:40 pm




Kerajaan China hari ini menghantar bekalan perubatan ke Hospital Sungai Buloh, dalam usaha membantu Malaysia menangani penularan wabak Covid-19.

Laman Facebook Kedutaan China di Malaysia, bekalan perubatan berkenaan kini dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

Kedutaan itu turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan bekalan perubatan dimasukkan ke dalam lori dan dalam pergerakan menuju ke Hospital Sungai Buloh.

Menyifatkan ia sebagai “tindakan segera kumpulan pertama peralatan perubatan dari China itu dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh”.

Turut tertera pada kotak yang membawa peralatan itu, bendera kedua-dua negara dan perkataan ‘Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing’ dan ‘Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Diturun!’.

Kelmarin, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata China menyatakan komitednya membantu Malaysia dengan membekalkan peralatan perubatan seperti penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan pembasmi kuman.

Ia hasil kunjungan Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian pada sesi kunjungan ke Wisma Putra di Putrajaya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

Ahli politik sebenarnya tidak peduli apa pengundi mahu?

MP gesa MKN kaji semula SOP benarkan berniaga selepas 8 malam

‘Serang’ pimpinan kerajaan pintu belakang bukan pegawai kerajaan

“Exco Perlis tolong tengok jalan dah setahun rosak”

Seluruh Sarawak PKPB kecuali Sibu PKP bermula hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production