Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
China: Jumlah kes koronavirus terus meningkat dengan 132 kematian dilaporkan

China: Jumlah kes koronavirus terus meningkat dengan 132 kematian dilaporkan

BernamaJanuary 29, 2020 12:49 pm




Jumlah kes novel koronavirus yang disahkan di China mencecah 5,974 dengan kematian meningkat 132 orang, lapor agensi berita Sputnik.

Sehari sebelum itu, pihak berkuasa kesihatan berkata terdapat 4,515 kes koronavirus yang disahkan dan 106 kematian.

Dalam tempoh 24 jam lalu, 1,459 kes baharu dilaporkan, 26 kematian dengan 25 dicatatkan di wilayah Hubei.

“Pada tengah malam 28 Januari (16:00 GMT), kira-kira 5,974 kes yang disahkan dilaporkan membabitkan 59 wilayah, seramai 1,239 pesakit berada dalam keadaan kritikal, 132 meninggal dunia manakala 103 orang dibenarkan keluar hospital,” menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan.

Kes jangkitan turut disahkan berlaku di wilayah pentadbiran khas China di Hong Kong sebanyak lapan kes, Macau (tujuh) dan Taiwan (lapan).

Di samping itu sebanyak 6,973 kes disyaki dan 59,990 orang lagi berada di bawah pemantauan.

Virus baharu itu mula dikesan di bandar Wuhan China pada akhir Disember. Pada Isnin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan tahap risiko global daripada “sederhana” kepada “tinggi”– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production