China kutuk langkah AS lulus akta hak asasi, demokrasi Hong Kong

China kutuk langkah AS lulus akta hak asasi, demokrasi Hong Kong

Pejabat Hal Ehwal Hong Kong dan Macao Majlis Negara China mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) meluluskan Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong 2019, lapor agensi berita Xinhua.

Tindakan AS menguatkuasakan akta itu di sebalik bantahan keras China, adalah perbuatan terang-terangan campur tangan terhadap hak ehwal China dan mencabuli undang-undang antarabangsa serta norma asas hubungan antarabangsa kerajaan, menurut kenyataan itu.

Akta itu yang dikutuk oleh seluruh rakyat China termasuk penduduk Hong Kong, disimpulkan sebagai prejudis dan bongkak, mengancam Hong Kong dengan ugutan dan penindasan,’ kata kenyataan itu sambil menambah, tindakan itu secara terbuka melindungi meraka yang cuba menggugat Hong Kong dan antagonis China.

Kerajaan China bertekad untuk mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan, melaksanakan ‘satu negara, dua sistem’ dan menentang sebarang campur tangan luar dalam hal ehwal Hong Kong, menurut kenyataan itu.

“Masa depan Hong Kong sentiasa berada di tangan rakyat China serta rakan-rakan di Hong Kong dan tiada sebarang kuasa lain yang boleh menyekat perkembangan negara China,” menurut kenyataan itu.– BERNAMA