Malaysia Dateline

China nafi laporan tawar bantuan kewangan selamatkan 1MDB

China menolak laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mengatakan bahawa wakil rasmi China pernah menawarkan bantuan kewangan untuk menyelamatkan 1MDB dan mengusahakan untuk mendapatkan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain untuk menghentikan siasatan terhadap kes korupsi berkaitan 1MDB, lapor Reuters.

WSJ memetik minit mesyuarat di antara wakil rasmi Malaysia dan China dan melaporkan bahawa tawaran tersebut dibuat pada tahun 2016. Menurut laporan tersebut, sebagai ganti, Malaysia menawarkan penglibatan China dalam beberapa projek mewah seperti projek keretapi dan saluran paip gas bagi inisiatif infrastruktur China ‘One Belt, One Road’.

Dalam kenyataan balas Kedutaan China di Kuala Lumpur terhadap laporan WSJ, pihaknya berkata China tidak meletakkan syarat berbentuk politik dalam usahamanya bersama negara lain.

Jelas Kedutaan, “China sentiasa mengamalkan prinsip tidak campur tangan dalam urusan domestik sesebuah negara. Kami tidak menerima sebarang pertuduhan tidak berasas yang dibuat terhadap China,”.

1MDB yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak kini sedang disiasat untuk kes korupsi dan aktiviti cuci duit (money laundering) di sekurang-kurangya enam negara.

Sebelum ini Jabatan Keadilan AS mengunjurkan bahawa wang berjumlah USD 4.5 bilion telah disalahgunakan oleh pengurusan tinggi 1MDB dan konco-konconya.

Skandal ini merupakan diantara punca utama yang menyebabkan Najib kalah di dalam pilihanraya lepas dan menyaksikan kebangkitan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Najib kini sedang dituduh atas amalan korupsi berkaitan 1MDB dan beliau mengaku tidak bersalah dan nafi melakukan apa-apa kesalahan.

Di dalam kenyataan di Facebooknya, Najib menafikan tuduhan yang dibuat seperti laporan WSJ.

Beliau mengatakan bahawa China tidak pernah menawarkan bantuan kewangan untuk menyelamatkan 1MDB dan beliau mempertahankan kos infrastruktur projek yang diberikan kepada China.