Malaysia Dateline

China terus kosong kes baru, Amerika 148 mati hari ini

Wuhan, China melaporkan ZERO kes baru Coronavirus dan dalam masa yang sama Amerika dilihat hari yang paling dahsyat dalam menangani wabak Covid-19.

Bandar Wuhan akan kembali kehidupan seperti biasa, tanpa kes baru Covid-19 dilaporkan di pusat pertama dan warga penduduk memulakan perniagaan seperti biasa.

Tetapi ketika China pulih, Amerika Syarikat telah menyaksikan hari yang paling buruk dengan 148 kematian hari ini.

Buat pertama kalinya sejak epidemik coronavirus meletus daripada kawalan di bandar metropolis seramai 11 juta, Wuhan melaporkan sifar jangkitan wabak Covid-19 baru pada hari Selasa, menurut akhbar harian China yang dikendalikan oleh kerajaan.

Kebangkitan semula kota itu telah pulih seperti laporan pihak berkuasa di Beijing.

Wilayah Hubei – di mana Wuhan adalah ibukota – membolehkan 60 juta rakyat kembali bekerja dan menjalani kehidupan mereka.

Sementara itu, Amerika Syarikat, menyaksikan kenaikan mendadak wabak Covid-19 yang paling buruk.

Pada hari selasa adalah hari yang paling dahsyat di negara tersebut dengan lebih dari 160 kematian baru dan menjadi krisis negara.

Lebih daripada 53,000 kes – hampir 10,000 daripada mereka disahkan pada hari Selasa sahaja – AS telah dengan cepat menjadi salah satu titik panas coronavirus utama di dunia, mengatasi kedua-dua negara Itali dan China sebagai negara yang paling teruk terjejas.

Bandar New York kekal pusat terbesar di Amerika Syarikat, melaporkan lebih 26,000 terjangkit dengan wabak Covid-19 dan hampir 200 kematian.

Sekurang-kurangnya sembilan negeri lain di seluruh Amerika telah mengesahkan lebih daripada 1,000 kes, dengan angka yang terus meningkat secara mendadak pada hari ini.