Cik B buat kejutan pakai tudung, sekali reaksi Datuk Vida pula tak disangka sampai jadi perhatian netizen

Oleh KIM SYAZIE

Cantiknya Cik B! Biar betul Cik B dah berhijrah dan mula mengenakan tudung? Baru-baru ini tular satu video mengenai anak usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B.

Hok aloh puteri mama yang hebat”, Cik B buat kejutan pakai tudung, tapi reaksi Datuk Vida pula jadi perhatian netizen

Dalam video tersebut, Cik B buat pertama kali membuat siaran langsung di TikTok sambil mengenakan tudung untuk memberi kejutan kepada ibunya.

Cik B yang sebelum ini sinonim dengan imej kelelakian dan rambut pendeknya, terus berubah menjadi wanita paling ayu.

Dalam rakaman itu, Cik B berkata dia ingin merakam reaksi DSV apabila melihat dia memakai tudung itu.

“Harini, Cik B pakai tudung, n guess what? Cik B nak tengok reaction mama. nak tengok dia teruja ke atau tak teruja” katanya.

Respon DSV yang teruja pula menarik perhatian ramai.

“Puteri mama yang hebat. Siapa niii. Cehhh, hok alohh. Subhanallah cantikknya Cik B,”.

Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan lebih 700k, tanda suka lebih 70k dan lebih 1.5k komen.

Rata-rata netizen selain mendoakan terbaik buat Cik B, mereka juga sebenarnya kagum dan memuji cara DSV yang selalu menggunakan kata-kata positif untuk anaknya.

“Mak dia always puji dan bangga every single thing Cik B buat”

“Walaupun mama dia kadang kena kecam netizen tapi dia such a wonderful mama!,”.

“That puteri mama yang hebat! Bagus DSV ni sentiasa keluarkan kata-kata yang baik dan positif buat anak-anaknya. kata-kata mak ni doa,” komen yang lain pula.

Baca juga: Selamba cop orang pergi gym ‘gay’, netizen nasihat ustaz jangan senang jatuh hukum