Cik B minta duit ‘shopping’, Datuk Vida terus ‘transfer’ RM70,000 – “Kenapa tak nak ada ayah?”

Oleh WAN SITI AMINAH

Anak kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B kembali mencuri tumpuan ramai baru-baru ini selepas memuat naik tangkap layar memaparkan jumlah wang belanja yang diterima dari ibunya.

Dalam perkongsian tersebut, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin mendedahkan perbualan bersama ibunya menerusi aplikasi sembang di atas talian iaitu Whatsapp.

Cik B yang sedang melanjutkan pelajaran di Barcelona, Sepanyol itu dilihat membuat permintaan kepada ibunya untuk melakukan pemindahan wang belanja bagi tujuan membeli-belah.

Datuk Seri Vida kemudian menunaikan permintaan anak gadisnya yang berusia 19 tahun itu dengan memindahkan wang sebanyak RM20,000 ke dalam akaun bank miliknya tanpa ‘banyak soal’ seperti ibu lain.

Lebih mengejutkan, ahli perniagaan berkenaan sekali lagi membuat pemindahan bernilai RM50,000 pula selepas Cik B secara berseloroh memberitahu ibunya bahawa jumlah awal tidak mencukupi.

Kedua-dua pemindahan tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan wang belanja yang diterima oleh Cik B hanya bertujuan untuk ‘membeli-belah’ sahaja adalah sebanyak RM70,000!.

Jelas Cik B, kemampuan ibunya dalam menjadi wanita hebat serta cukup sempurna itu membuatkan dirinya dan adik iaitu Kacak tidak lagi memerlukan sosok seorang ayah di sisi.

“Kenapa nak ada ayah lagi kalau sudah ada Mama yang hebat. Cik B sayangkan Mama. Terima kasih menjadi ibu yang terbaik dan terhebat. Sentiasa nak bahagiakan Cik B dan Kacak,” katanya dalam satu perkongsian di TikTok.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian yang dimuat naik oleh Cik B itu sudah meraih sebanyak 2 juta tontonan di mana rata-rata pengguna TikTok mengakui cemburu dengan nasib gadis berkenaan.

Beberapa individu juga berkongsi pendapat bahawa sikap Datuk Seri Vida yang langsung tidak berkira dengan anak membuatkan rezekinya sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT.

“Mungkin ini salah satu rahsia kenapa Datuk Vida sentiasa dimurahkan rezeki? Tidak pernah berkira dengan anak-anak sedikit pun,” kata seorang pengguna berkongsikan pandangannya.

Perghh RM20,000. Aku nak buat pembayaran guna kod Repons Pantas (QR) sebanyak RM20 pun risau terlebih letak 0.” Seloroh pengguna lain mengenangkan betapa mudahnya Datuk Vida membuat pemindahan dalam nilai tinggi.

Baca juga: Tak suka ikut trend, Aina Abdul anggap diri belum terima wahyu untuk tukar genre lagu