Cik Epal gesa LHDN siasat perniagaan pizza bekas suaminya

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pempengaruh media sosial Cik Epal hari ini menggesa Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat bekas suaminya, pemilik Pizza Wagyu Jofliam atas peniagaan yang diusahakan.

“LHDN. tak ada orang berniaga tak nak untung. Tolong kasi duda aku tinggal spender”

“Siasat habis perniagaan pizza dia yang 100% cash”, katanya di insta story akaun Cik Epal.

Sambil menafikan kenyataan pizza wagyu Jofliam tidak membuat untung, Cik Epal menegaskan bekas suaminya itu membuat untung yang banyak walaupun banyak makanan dan aktiviti percuma yang disediakan ketika ‘event’ berlangsung.

“Pizza dia untung gila okay, gaji staff RM600-RM1500 sehari. Bayangkan kenapa ada staff yang sanggup jadi balaci dia. Sebab gaji dia bagi tinggi”, katanya di insta story.

“Sehari buat 500 pcs pizza. 500 pcs x RM150 bersamaan RM75,000 sales sehari. Buat every weekend sabtu dan ahad. Sebulan dapat aroud RM600K sales, benda-benda free tu semua marketing untuk menarik orang beli pizza dia”

Untuk rekod,  Cik Epal sah bercerai dengan Jofliam setelah sedekad melayari bahtera perkawinan bersama lelaki berkenaan.

Pengakuan tersebut dibuat menerusi hantaran di Instagram Cik Epal pada bulan yang lalu.

“10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja.

“Aku sah bercerai dengan dia atas izin-Nya,” tulisnya tanpa mendedahkan mengenai tarikh lafaz cerai.

baca: Ini latar belakang lelaki bertuah yang tawan hati Ina Naim