Cik Epal sahkan sudah bercerai dengan Jofliam

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pempengaruh terkenal CIk epal dan Jofliam hari ini mengesahkan bahawa mereka sudah pun bercerai. Perkara ini disahkan sendiri oleh CIk Epal di media sosialnya.

“10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja.
Aku sah bercerai dengan dia atas izin-Nya.”

‘Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Walaupon akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia.’

“Ini yang Allah takdirkan untuk kami. Dekat dunia ni tak ada apa milik kita.
Kita hanya mampu merancang tetapi Allah tahu apa yang terbaik.”

Sebelum imi menerusi satu hantaran di Instagram Story, Cik Epal menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu pergolakan rumah tangganya selagi proses mahkamah belum selesai.

Cik Epal juga tidak mahu mendahului keputusan mahkamah syariah yang dipercayai akan diketahui dalam masa terdekat selain berjanji akan memberi penjelasan selepas status pernikahannya dengan suami disahkan.

baca: ‘Tak tahulah ini mamak ke bangla’, ramai marah peniaga roti canai basuh kuali guna air longkang