Malaysia Dateline

Cikgu Aminolhuda memimpin, tiada yang akan tertinggal

Sesi pembuangan undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan tiba tidak lama lagi. Semua parti yang bersaing sedang bertungkus-lumus bertemu pengundi untuk berkempen sebelum tempoh kempen tamat.

Namun, dalam kita melihat kepada sebab dan kesan kepada percaturan politik Johor sejak Langkah Sheraton, ada seorang insan yang tenang dan kekal istiqamah dalam kepimpinannya.

Walaupun beliau terpaksa dihimpit ke dalam masalah yang dibuat oleh bekas rakan-rakannya dan seteru politiknya. Beliau tetap memainkan peranan untuk memastikan kebajikan rakyat Johor tetap terjamin.

Beliau yang dimaksudkan adalah Cikgu Aminolhuda selaku Ketua Pembangkang DUN Johor sebelum dewan dibubarkan.

Graduan Sarjana Muda Pengkhususan dalam Mata Pelajaran Matematik dan Fizik serta Diploma Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini merupakan figura paling penting memimpin pembangkang ketika kerajaan BN/PN Johor hanya mempunyai kelebihan beberapa kerusi sahaja berbanding pembangkang.

Jika beliau mendahulukan kepentingan kuasa dan kemahuan politiknya, sudah pasti beliau mampu menggoyahkan kerajaan BN/PN Johor.

Namun beliau menolak dengan bersetuju diadakan MOU antara kerajaan dan pembangkang bagi memastikan kestabilan politik di Johor tercapai seterusnya fasa pemulihan boleh berlaku.

Selain itu, beliau bersama rakan-rakan komponen PH yang lain iaitu Liew Chin Tong (DAP) dan Syed Ibrahim (PKR) antara yang awal membantah diadakan PRN Johor dalam keadaan negara baru pulih dari bencana Covid-19.

Cukuplah banyak usaha PH untuk membantu dan mebnagunkan rakyat terbantut semasa kerajaan PH tumbang.

Namun, kerakusan BN/PN untuk bersaing sesama sendiri menatijahkan sebuah PRN diadakan di Johor yang pastinya terus menyusahkan rakyat.

Cikgu Aminolhuda sebelum ini telah berkhidmat sebagai guru selama 30 tahun.

Bertukar-tukar peranan

Sebelum menyertai politik sepenuh masa, Cikgu Aminolhuda telah berkhidmat sebagai pendidik di serata Johor selama 30 tahun.

Setelah bersara, barulah beliau bergiat aktif sebagai ahli dan pimpinan Pas Johor sehingga dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Johor pada 2013.

Semasa itu beliau telah pun menjadi wakil rakyat Parit Yaani apabila berjaya mengalahkan calon BN-MCA dengan majoriti seribu lebih undi.

Sejak itu, ketokohan Cikgu Aminolhuda menjadi perhatian umum memandangkan misi Pas ketika itu untuk meruntuhkan kubu BN di Johor berada di kemuncaknya.

Sedang usaha membina momentum pembangkang untuk menawan Johor dan Putrajaya, Pas mengalami perpecahan yang sangat besar menyebabkan ramai ahli dan pimpinan Pas keluar parti untuk menubuhkan AMANAH.

Cikgu Aminolhuda yang ditekan oleh golongan konservatif di Johor juga keluar Pas dan membangunkan AMANAH Johor pada 2015.

Setelah berperanan besar sebagai pembangkang di Johor, akhirnya pada 9 Mei 2018, Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Johor dan Putrajaya. Cikgu Aminolhuda kekal menang di Parit Yaani dan dilantik sebagai Exco Kanan dalam Kerajaan Johor.

Cikgu Aminolhuda memimpin, tiada yang akan tertinggal
Meskipun, Cikgu Aminolhuda dikhianati oleh rakan-rakannya dalam kerajaan, beliau tetap istiqamah melakukan apa sahaja demi kebaikan Johor.

Pengerusi AMANAH Johor ini diamanahkan sebagai Exco yang menjaga portfolio Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan.

Memang selayaknya bidang tersebut diserah kepada Cikgu Aminolhuda memandangkan beliau adalah bekas pendidik dan sedang memimpin parti Islam progresif dalam PH.

Rombakan kecil berlaku pada 2019 melibatkan seorang menteri besar dan tiga Exco Johor. Cikgu Aminolhuda terlibat sama apabila diamanahkan untuk memegang portfolio pendidikan, sumber manusia dan kesihatan Johor.

Dalam keadaan yang sedikit gelora, Cikgu Aminolhuda tetap tenang. Sehinggalah Langkah Sheraton berlaku, beliau perlu memimpin pembangkang selaku Ketua Pembangkang DUN Johor pula.

Diuji sebagai pemimpin yang bernilai

Meskipun, Cikgu Aminolhuda dikhianati oleh rakan-rakannya dalam kerajaan, beliau tetap istiqamah melakukan apa sahaja demi kebaikan Johor. Kepimpinannya berasaskan apa yang rakyat dapat manfaat dari sesuatu tindakan.

Nilai hidupnya tidak pernah berubah sejak dahulu, sebagai pendidik, fikirannya hanya memikirkan apa yang terbaik boleh diberikan dan diperoleh oleh muridnya. Kini nilai itu diterjemahkan kepada rakyat Parit Yaani dan Johor.

Semasa menjadi Exco Pendidikan, karisma beliau menjadi perhatian umum apabila pada Jun 2019 isu video ibubapa sedang memarahi guru yang merotan anaknya sedang tular di media sosial.

Kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Johor. Tanpa melibatkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Cikgu Aminolhuda sendiri berjaya menyelesaikan masalah tersebut tanpa melibatkan tindakan undang-undang dua belah pihak dengan kerjasama PPD dan PIBG.

Ternyata Cikgu Aminolhuda yang punya pengalaman dan mahir dalam selok-belok berurusan dengan guru dan ibubapa, berjaya membentuk sebuah keputusan yang menang-menang bagi kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, pernah dalam satu program, beliau menyampaikan bantuan kepada pelajar miskin di Johor Bahru, beliau sebak ketika menyampaikan ucapannya selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor.

Kata beliau, secara peribadinya beliau tidak mahu ada seorang kanak-kanak pun yang tercicir dari pendidikan. Jiwa seorang guru yang beliau punyai, mewajahkan kepimpinan beliau yang sangat cakna kepada pendidikan anak-anak Johor.

Beliau mampu bayangkan bagaimana perasaan seorang anak-anak yang tidak mampu belajar hanya kerana tidak mempunyai duit yang mencukupi.

Lebih-lebih lagi, apabila BN yang kalah dalam PRU 2018 serta Pas yang tidak pernah berjaya menawan Putrajaya secara bersendirian, sentimen perkauman dan agama kuat ditiupkan.

Cikgu Aminolhuda selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam selalu menjawab tohmahan-tohmahan BN dan Pas semasa menjadi kerajaan dahulu.

Kini terbukti, BN dan Pas duduk sebagai kerajaan sekalipun, Melayu Islam tetap dipinggirkan oleh pemimpin politik mereka. Semuanya apabila kuasa, wang dan kedudukan telah mereka peroleh.

Maju terus untuk Parit Yaani dan Johor

Mengakhiri episod kepimpinan beliau apabila pandemik Covid-19 muncul di Malaysia, antara kes awalnya datang dari Singapura memasuki Johor.

Beliau yang memikul amanah sebagai Exco Kesihatan juga pantas dan cekap melaksanakan tindakan pengawalan daripada Covid-19 merebak.

Dengan kerjasama KKM di bawah pimpinan Dr. Dzulkefly dan Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Dr. Wan Azizah berjaya mengekang wabak ini.

Malangnya berlakunya Langkah Sheraton oleh pimpinan PN sekarang ini, seminggu negara tiada pemimpin menyebabkan Covid-19 merebak dan memaksa rakyat berkurung di rumah di bawah arahanPerintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penulis mengharapkan Cikgu Aminolhuda ini terus diberikan peluang oleh rakyat Johor di Parit Yaani, seterusnya memilih PH sebagai kerajaan Johor yang baharu.

Walau apa pun posisi yang diberi kepada Cikgu Aminolhuda, penulis yakin ia akan tetap memberikan keuntungan kepada rakyat Johor.

Kekecewaan terbesar Cikgu Aminolhuda apabila kerajaan PH tumbang adalah misi kerajaan PH Johor untuk mewujudkan sebuah Universiti Johor terbantut akibat mainan politik BN dan PN. Betapa besar kesan buruknya sebuah mainan politik kepada nasib anak-anak Johor.

Penduduk di Parit Yaani telah selesa dengan Cikgu Aminolhuda. Oleh itu, tugas anda keluar mengundi seramai yang mungkin bagi memenangkan Cikgu Aminolhuda di sana.

Jangan andaikan Cikgu Aminolhuda sudah menang, tak perlu keluar mengundi, kerana kurangnya jumlah pengundi menyebabkan BN akan menang.

Selain itu, rakyat Parit Yaani boleh mendorong anak-anak muda yang akan mengundi Sabtu ini dengan menyampaikan manfaat jika memilih Cikgu Aminolhuda.

Akhirnya seluruh rakyat Johor, jika mahu Cikgu Aminolhuda menjadi pemimpin kerajaan Johor dan mahu mejiwai kepimpinanya, undilah PH, PKR dan MUDA di setiap DUN yang ada dalam PRN kali ini. Penulis percaya, apabila Cikgu Aminolhuda memimpin, tiada yang akan tercicir.

Cikgu Aminolhuda memikul amanah sebagai Exco Kesihatan yang cekap melaksanakan tindakan pengawalan daripada Covid-19 merebak.