Malaysia Dateline

Cikgu Azrin fokus pendidikan murid tercicir dan kebajikan rakyat DUN Merlimau

Membantu murid yang tercicir dalam pelajaran dan memastikan kebajikan rakyat terjaga antara fokus yang akan diusahakan oleh calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Azrin Abdul Majid

Beliau yang lebih mesra dipanggil cikgu Azrin yang juga bekas pendidik itu merupakan calon yang dipertandingkan oleh AMANAH sebagai simbol bahawa peranan pendidik dalam politik sangat penting.

Menerusi agenda Merlimau yang digariskannya, beliau akan memfokuskan kepada 8 teras dengan 28 tindakan yang akan dilaksanakannya dalam tempoh 5 tahun jika memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.

Antara lapan teras tersebut;

I. Merangsang Pendidikan Anak-anak Merlimau seperti bantuan one-off kepada murid cemerlang dalam pelajaran

Untuk rekod, cikgu Azrin sebelum ini banyak membantu mengusahakan tajaan pendidikan seperti biasiswa, pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan kepada anak-anak negeri Melaka untuk menyambung pengajian dalam dan juga luar negara.

II. Memperbaiki Infrastruktur dan Kawalan Banjir

III. Merancakkan Perniagaan dan Keusahawanan seperti menyusun program pembangunan usahawan

IV. Kebajikan dan Kepedulian iaitu mewujudkan Kit Makanan Kecemasan atau Food Bank untuk mereka yang terputus bekalan makanan.

V. Melestarikan Budaya, Warisan, Pelancongan dan Alam Sekitar dengan cara mempromosi dengan giat produk agro pelancongan dan inap desa di Merlimau

VI. Memperkenal Merlimau Digital iaitu memperkasa usaha menaikkan jaringan Internet di DUN Merlimau

VII. Melaksanakan Program Sukan dan Anak Muda dengan merancakkan e-sport

VIII. Mengupayakan Wanita melalui kaedah menggalakkan SURI-biz bagi membantu suri rumah menjana pendapatan secara home-based.

Cikgu Azrin juga merupakan bekas Ketua Pengarah Pusat Asuhan tajaan Pas iaitu PASTI ketika bersama parti itu sebelum ini.