Cikgu Bard dakwa PKR mahu pecat beliau

Cikgu Bard dakwa PKR mahu pecat beliau

Ahli PKR yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor, Badrul Hisham Shahrin mendakwa pimpinan PKR telah bersetuju untuk meluluskan usul memecat beliau dari menjadi ahli parti itu.

“Mendapat khabar kononnya Biro Politik PKR / lembaga disiplin ambil keputusan lulus usul pecat che’GuBard kerana tindakan ke SPRM. Kononnya perlu pecat segera sebelum che’GuBard ke SPRM dan pergi lebih jauh,” tulis beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Bard itu dalam facebooknya.

Menurut Cikgu Bard, beliau dihantar salinan usul untuk memecat beliau dengan cara mengumpulkan tandatangan persetujuan sokongan semua MPP.

Namun, Cikgu Bard terus melawan cadangan itu.

“Ajak semua khususnya pimpinan PKR berfikir dengan akal yang waras dalam kerangka semangat roh reformasi.

“Kita rai kononnya orang Umno yang dedah korupsi atau salah laku pemimpin Umno sebagai hero… bila Umno ambil tindakan ke atas ahli Umno yang dedah salah laku pemimpin Umno kita kata Umno tak demokratik, selindung penjenayah.

“Tapi bila ada anggota PKR dedah salah laku pemimpin PKR kita tuduh anggota PKR itu pengkhianat…dan kita ambil tindakan gantung dan pecat,” tulis Cikgu Bard.

Usaha Malaysia Dateline untuk mendapatkan pengesahan dari PKR apakah benar Cikgu Bard sudah diambil tindakan disiplin masih belum berhasil.

Cikgu Bard dilihat paling lantang mengkritik timbalan presiden PKR yang juga menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Isu terbaru adalah isu penukaran status tanah Paya Indah Wetland.

Dakwaan ini dinafikan oleh exco Selangor, Elizaberth Wong yang menafikan wujud sebarang pertukaran status tanah mahupun perlengkungan semula di kawasan itu.

COMMENTS

Wordpress (0)